Hi There,

Latest Posts
Assalamualaikum..hallo. how are you doing? I hope all in a good shape. I means sihat-sihat semua ya.

Well yesterday i went to hospital. Yeah because i'm having backache yang sangat-sangat sakit. Dah hampir 3 tahun okey sakit nya. But not berterusan la.. kadang-kadang jer. At last! I went. Selepas beratus-ratus orang suruh pergi hospital buat check out. Ok tipu! Tak sampai beratus pun. Kau ingat kau artis?

Reason why aku tak nak sangat pergi buat check out kat hospital? Walaupun dari luar nampak aku nie calm, cool and acah-acah berani macam tu padahal tak tahu aku nie penakut. Takut nak hadapi kenyataan. Bayangkan kalau tetiba aku pergi check and then suddenly doctor cakap aku ada kanser ker, penyakit-penyakit kronik ker macam mana? Yup i know itu semua dugaan and ajal maut semua di tangan Allah. But aku tak boleh bayangkan if that happen to me. Dah la hari-hari pun buat dosa. Ngaaaa.😂

Okey, back to hari aku pergi hospital. Aku pergi juga sebab malam sebelum nya tue tahap sakit yang aku baring angkat kaki ke atas. Sakit derrrr. Pejam mata pergi je la. Aku pergi hospital kerajaan harap maklum. Dah daftar semua, aku masuk la jumpa doctor cakap lah aku sakit semua. Dia cakap sebab urat. Pastu aku cakap lagi yang aku letih semua bagai kan. Last-last dia suruh aku pergi test kencing manis. What the heck! Sepanjang hidup aku ini first time aku cek kencing manis tau tak.

Time tengah tunggu giliran aku untuk test kan, macam-macam aku fikir. Macam mana kalau aku betul-betul ada kencing manis. Kena kawal makan, tak boleh makan tak tentu pasal dah. Forget everything! Omg! Can i live like that? Time tu rasa macam nak cabut lari pun ada jugak. hahaha. Okey jangan la gelak. I know. Ridiculous jer semua fikiran macam nie. 

Lepas aku test kencing manis tu, aku masuk balik jumpa doctor tadi. Aku pun bebel la sakit aku nie bla bla bla bla and bla lagi. Last sekali dia hantar aku pergi buat fisio jer. Haa..ambik kau! Since aku ambil ubat farmasi dia dah tak nak kasi aku ubat lain dah. Just datang untuk fisio jer nanti. Dah habis tu aku pun tanya la doktor tu. "So macam mana dengan kencing manis saya?". Doktor tu boleh gelak dekat aku. Pastu dia tanya aku, breakfast tak pagi nie. Aku cakap la siap makan nasi goreng lagi. Rupanya kencing manis aku dalam 3.1 which means low sugar dalam badan aku nie. Kalau normal tu dalam 4-5 mcm tu. Since aku dah makan but still rendah means memang gula dalam badan aku rendah. Mungkin sebab tu aku macam tak ada tenaga sangat kot kan. Hahaha.





Part yang paling best aku mati-mati ingatkan 3.1 tu dah tinggi. Normal gula dalam badan should be zero la kan. Hahahaha. Nampak tak jahil nya aku bab-bab kesihatan nie. Heeewwwww.



okey tue jer yang nak cerita..baiiii
Well Assalamualaikum and hi.. how your day? Me..ermm not so good. Heavy month and laziness tengah menguasai diri. Thank you.

Nak story lah sikit kan what happen yesterday. Tak ada  lawak sangat, but senyum kambing sikit-sikit tu mungkin. Hahaha.

Picture tak ada kena mengena dengan story langsung. Harap Maklum.


Ini terjadi waktu lunch semalam. Lepas pergi solat dekat masjid, niat di hati nak pergi la makan. Tak jauh pun masjid dengan office, tapi kalau nak berjalan kaki tu berpeluh la jugak. (well my office tak da surau, since my company is own by chinese). Selalu nya after solat aku akan park balik kereta depan office and jalan kaki je la pergi ke kedai makan. Dekat je la kedainya dengan office nie. Tak payah nak cakap aku rajin ke apa sebab jalan kaki kan.  Dah tu nk dijadikan cerita nya hari ini tempat parking semua full. So aku decide bawa je la kereta pergi dekat kedai makan tu boleh park belakang kedai tu, then lepas makan baru ubah je kereta park depan office balik.

Aku pun dengan bahagia order lah air kegemaran teh 0 ais, makan nasi lauk akak baik hati sambil layan media sosial dekat phone. Dah ketat perut melantak, moh ler kite balik ke pejabat. Lepas bayar semua dengan girang nya aku pun berjalan kaki balik ker office sambil mencuci mata dengan pemandangan-pemandangan kedai yang menjual pelbagai barang.

Sampai jer pejabat, buka pintu. Eh! Kunci rupanya. Tercari-cari la pula kunci pejabat dalam poket seluar. Aikkk! Kunci kereta jer yang ada. Suddenly... what the la kan. Kunci pejabat ada dalam kereta. And kereta kau boleh pula pergi tinggal dekat kedai makan. Ggggrrrrr. Hahaha. Sambil berjalan semula menuju ke kereta, aku pun senyum sorang-sorang. Ambil kereta and parking balik depan office. Haissshhhhhhhhh

Please dont tell me this all happened because of "usia" 
Hahahaha..okey bai.
Assalamualaikum..hi. To foodlovers, hari nie aku nak post what i'm being eating sepanjang october gitu. And firstly nak minta maaf dulu ek, sebab kawasan aku makan nie of course around kedah jer. Since I stay here. So after nie, kalau korang tersengaja datang Kedah ker boleh le usha-usha makanan dekat sini.

Actually, lagak food lover aku nie tak ada la seteruk time study dulu (serius time study dulu pantang di ajak jer). Nak sharing la sikit kan dalam banyak-banyak tempat, aku panggil Perlis as food paradise. (sesiapa yang pernah study kat Perlis dulu, they will know). Kat Perlis macam-macam korang boleh jumpa including nasi air(what my kl friends call la,ooppss), coconut shake yang gila sedap, nasi ayam pedas which bila kau makan kau akan nganganganga jer *sebab pedas, spongebob (i panggil cucuk-cucuk jer, tak tahu juga orang panggil apa. not span yang digoreng ook!) and banyak lagi lah (kalau buat listing mau 4 malam korang tak tidur..heee). Even my university mate kat perlis dulu pun, still talking about makanan there until now I guess. 

Its not everyday "kiteorang" keluar makan kan. Kopak poket akak kalau setiap hari. (kiteorang merujuk di sini dengan family, keng kawan, keng cousin, kadang-kadang sensorang pun boleh what..) Actually mula-mula kononya nak buat lah satu post dengan satu food yang aku dah makan. But.....macam malas pula. Hahaha! Okey..akak malas! Then, decide je lah kumpul 1 bulan untuk satu post jer. Untuk next month nanti fikir lain. Heeeeeeeew.



Shellout Arab Cafe (Jalan area nak ke airport)
Sesaja kiteorang keluar jenjalan with my parents malam tu. 
Then, my sis jumpa cafe nie terus dia cakap "akak nie lah cafe yang keng kawan adik selalu pergi tue, ada shellout.."
aku pun "haa..jom pergi"
Nasib baik lah parents kiteorang okey kan. Diaorang tak kisah. Ikut jer kepala nafsu makan anak-anak diaorang nie. Ngeeeee. *love them soooo much!
Tapi shellout dia memang terbaik dekat sini. Bapak aku tambah 2 mangkuk nasi. Dia pun cakap sedap, tapi dia suggest jangan makan selalu sebab dia ada batu karang (orang penyakit batu karang nie, kena kurangkan makanan seafood nya ya), so dia tak kasi kiteorang makan. Nampak tak bau-bau jealous my father dekat situ. Hahaha.


Tetiba my father dapat call dari maklang kinah ajak makan. Dia cakap nak belanja. Kiteorang adik-beradik nie dengar jer makanan plus orang nak belanja, mata kiteorang berkelip-kelip, bersinar-sinar mengalahkan bintang. Padahal aku demam hari tu. Bapa aku ajak pergi mana-mana pun tak nak. Tapi dengar jer makan, lajuuuuuu jer pergi. *^_~ ada hakak kisah???
(Lokasi : KEPCHEE aka KFC)


Burger Gemilang area Jalan Pegawai. 
With my Effort Team
Port dia best dekat dengan trafic light so korang boleh usha kereta lalu, berhenti and pergi. Nganaga.
Ini salah satu port favourite aku and family.  
Apa yang best, sini semua makanan ada set dari set burger sampai lah western. Kedai dia serius tepi jalan jer. Nasi lemak gemilang dia terbaik beb! (ayam+telur+bilis+sambal+papadom+nasi). Harga dia agak berpatutan lah. Susah kan nak jumpa kedai makan melayu yang chinese and indian pun datang juga. But this is it. Place untuk pelbagai kaum. 


Lokasi Coolicous(not sure ejaan nie betul ke tidak) area POLIMAS Jitra
I'm not sure set nie dipanggil apa. Harga dia RM17.90 per dulang, sekali dengan 2 minuman (teh o ais/sirap). Satu dulang nie untuk 2 orang tapi kalau nak makan bertiga pun boleh sebab dia banyak okey (melainkan korang nie jenis melantak sorang-sorang sampai habis *jangan marah yaaa)
Satu dulang nie ada frenchfries, ada spaghetti sosej (nak panggil bolognaise pun tak sampai hati), chicken chop 2 slice and meatball 8 biji. For me..sesanngggaattt berbaloi. Tapi kalau weekends korang kena datang awal sebelum pukul 10, kalau tak korang balik mengidam je la jawab nya. 


Kat bawah nie gambar adegan makan sensorang a.k.a no teman -_-"


Punya bosan tengah hari, pergi jenjalan area Aman Central and terjebak dengan restaurant abang MekDi.


Ini kat Penang(hari kena outstation), area yang aku pergi tue tak ada kedai makan melayu ok. So, makan je lah kat sini (nasib baik bos bagi claim..hehe)


Ini seminggu sekali mesti aku makan Moi Sup akak tahi lalat (sebab akak yang jual nie ada tahi lalat besar kat area mulut dia, sweet sangat akak nie tau) Nie area restaurant dekat office aku, and memang hari-hari lah aku makan sini. 


Tempat : Nasi Royale Anak Bukit
Dekat sini kalau raya, beratur lah korang sampai luar pagar kedai sebab most orang yang singgah sini not from kedah area. Nasi royale nie kind of macam nasi kandar lah. Errmm..apa yang special nya sini pun aku tak tahu, bagi aku nasi kandar semuanya ada lauk and rasa sama jeerrr. I'm not profesor nasi kandar or what, harap korang faham. Ngaaaa. Selain dari nasi royale, kat sini pun ada choice lain macam masakan panas. Kat sini satay nya marvellous gitu. Ooopsss! lupa ambilgambar nasi kandar! Whatever.


Inilah satay merah tu. (Itu jer yang aku tahu nak panggil pun since warna dia merah). Tapi agak mahal lah satay nie 1hinggitmalaysia per cucuk. Baru nie aku makan kat KL 80sen secucuk, besar pun besar. But takpa, since satay nie sedap. Tak kisah la. 


Taraaaaaaaaaaaaaaaaa
Inilah cucuk-cucuk yang aku cakap tue. Nampak tak love dalam gambar tu? haaaaaa itu lah spongebob, tapi dah kena potong so tak ada lah bentuk spongebob tue. But yang ini kat sini tak berapa nak menarik sangat means kurang enak lah. Kalau korang nak makan nie, better korang pergi Kuala Perlis, sana sepanjang jalan tepi laut ada jual. Lagi sedappp! Korang nak sosej ayam, sosej pulut, sosej tomyam,sosej cheese semua nya ada.

Nexxttttttttt issss..... 

Dim Sum Halal from Setia Foodcourt (jalan ontheway nak ke Kangar)
Price : 3set RM10. (3 set bakul kayu ek not 3 ketul tu jer k!)
Sebab sini susah nak cari makanan ala-ala gini especially yang halal punya and paling penting murah, so this is the only one place yang aku boleh pergi. Dulu acah-acah aku buat sendiri jer kat rumah dimsum nie. Rajin tak? Dulu lah. Ngeee. Tapi since kat sini korang boleh tunjuk, pilih, and duduk and diaorang serve korang so okey lah. Tak payah susah-susah nak buat. Pemalas! 
Kalau dah mengidam tahap orang mengandung tu teringin nak makan tapi tak tahu nak cari dimsum halal *orang melayu kita yang buat, try lah datang sini tak payah fikir apa, datang jer terus. (iklan ini tidak berbayar ok) 

Ladies out. 
Eh! Ladies out with budak kecik.
 (since budak kecik tu lelaki, so tak berapa menjadi la ladies out nya malam tu)


Ini dish biasa saja Char Keoteow (not sure also how to spell it. again?)
Lokasi berhadapan dengan Aeon Big Alor Setar.
Ini char keoteow gani alor setar punya. Selalu yang famous nya dekat jitra. But since my father malas nak makan jauh-jauh and my sis nak sangat char keoteow nya. Haaa, sini saja lah tempat nya. Actually ini pun first time kiteorang datang sini. Char keoteow dia for me just so so je lah, sebab aku bukan peminat tegar char keoteow pun, but my sis cakap sedap jer. Yelaah adik! Kau makan batu cicah sambal pun kau cakap sedap kan. Whatever! (jeles, sebab my sis nie makan banyak mana pun berat tak naik, still maintain 40kg something. Ggggrrr)


Last..eh confirm yang ini last. Betul-betul end of october aku makan nie.

Peknga Nyiur/kelapa with gulai/kari ikan.
Peknga membawa maksud ermmmmm ala-ala pancake lah. Peknga is loghat kedah. Why call peknga, tak tahu lah ini my tok lah cakap since bila kita masak tu kita TEMPEK dekat BELANGA so jadi lah PEKNGA (kalau tok aku tipu aku, maknanya aku pun tipu korang lah. hahaha). Peknga nie macam pancake ada tepung air semua, tapi yang ini dia letak nyiur/kelapa dalam tue. Seriusssss sedaapppppppp!!! Lima bintang i kasi okey.
Oh! and tempat dia berhadapan dengan ladang madu kelulut jalan dari alor setar nak ke kangar. Betul-betul tepi jalan jer.


Ini pula Peknga pisang. Inti dia letak pisang. Rasa nie macam ala-ala cucur kodok lah. Dont ask me what is cucur kodok??! malas nak cerita. HAHAHA. Serius akak pemalas.

Thats all cerita what i being eating sepanjang october yang aku rasa why not kalau aku kongsi dengan para blogger semua kan. Heeeeeee. Mesti penat kan baca post aku yang berjela nie. Tak apa, nanti aku try lah buat post lagi panjaaaaaaannngggggg. Ngaaaaaaa. Bluerk >__<

Okey..byeeeeeeee





Assalamualaikum..and hi blogger semua.. Dah masuk week kedua dah November nie. OMG! Cepat nya masa berlalu minggu first. Kan kan kan?? Mengaku cepat, tak baik tau menipu..kihkihkih. Whatever. Apa korang buat minggu first November? Me? Not much. 

Last week, decide nak ke shah alam selepas menolak menambah membahagi berkuasa dua semua lah, tinggal kuasa kuda jer yang tak ada, ehkehkehkehkehk (bunyi kuda pramatang). Motif?? Pergi kenduri my friend, si Epul gigi arnab. opppsss! Hehehe. Dah besar rupanya kau epul. Dah kahwin dah kau, nanti jadi bappak orang pula. Tak sangka betul kan, dulu selalu jer kita, kami, kamu, kau dan aku pergi makan nasi lemak la, roti canai la pepetang kan. Alik-alik aku sampai kat wedding kau, kau cakap tak jemput aku? Aku naik bas henam jam tau pergi saja, tak masuk balik lagi (plus lagi enam jam) nak jumpa kau epul. Akan aku ingat sampai aku kahwin nanti epul (walaupun aku tahu kau bergurau. hahaha).




The only arau geng yang datang (diploma mates)
psst: yan datang tapi tak sempat jumpa ngan kiteorang
Mereka-mereka nie la yang selalu lelepak petang-petang time study weeks hujung-hujung nak habis diploma (except for epul wife).


Ini dengan geng degree Epul,
since his wife also satu class dengan Epul
So, lantak lah. Ada aku kisah? even tak kenal. Hahaha.


Tinggal kisah aku dan epul, now.....motif yang paling utama sekali aku ke sana because rindu sensangat keng kawan kat sana. Actually from diploma until degree, aku tak ramai pun kawan yang duk sebelah utara nie, ada dua empat kerat jer. Yang lain semua duk area selatan. Seee?? That's why i always lepak with my sibling jer. But this time i'm going to meet my diploma mate. But so sad, some of them cannot make it, have their own problem issue. So malas la nak touching semua bagai, it's okey, just lepak jer dengan yang mana ada. Eventhough aku rindu ngan diaorang, but aku malas nak kacau diaorang semua, yelaah memasing ada tanggungjawab memasing kan. So aku kacau si rara jer and stay kat rumah dia kat shah alam. Sekali aku kena tempelak (tak tahu apa meaning but like to use this words,ahaks) dengan diaorang baru padan muka. Kena marah sebab datang tak bagitahu awal-awal. Hahaha. Sorrrrryyyy beb. Memang tak plan lebih-lebih pun sebab takaut ganggu korang. 



Satu KL pusing konon nya nak cari tempat lepak best, dari KLCC ke SOGO ke Food Truck
Alik-alik makan dekat kedai nie apa ke nama nya pun tak tahu. Sampai sini pun dah pukul 10 lebih.
psst: tolong abaikan meja anak dara makan.
Eh, baru perasan A's geng since kiteorang punya nama semua bermula huruf A. Daebak!!
Time nie semua claim tak pandai selfie, thats why minta waiter tolong ambilkan gambar. Damn! Faktor usia kah semua ini?


1am..orang jauh memenuhi permintaan ajak selfie berdiri.
So, cerita nya berbukit-bukit lah 5 tahun punya simpan. 

So esok tu aku pun balik to Kedah, Rara yang hantar i pagi tue.

Okey dah..baiiiii

AJA QUOTES
Proud...to have them as my friends.
Glad..God give them to me and make the relationship lasting.





Assalamualaikum and hai hallooo.. actually title post dah habis memikir dah nak letak apa. Last, pasrah je la. 

Friday?? Ermm.. tak pergi kerja (bos marah sebab bagitau nak cuti last minit). Okey my fault. Noktah. Haha. Then dah nama nya tak nak pergi kerja, kita pergi tempat lain je la. So my ayah ajak pergi breakfast, kiteorang cuti pepagi memang selalu breakfast kat luar, lepas tu rutin mingguan after breakfast pergi kubang rotan (salah satu nama tempat kat kedah nie yang korang boleh dapatkan ikan fresh terus. Nanti akak update ek).


Balik jer dari beli ikan semua bagai, bagi si kenit tu tidur. Aku keluar dengan my sister yang bongsu sekali tu. Kekononnya nak pergi pekan rabu buy something for my friends. Suddenly, my bongsu cakap nak beli cardigan semua bagai (no wonder la i nampak dia korek duit tabung semua). Ada pula cardigan kat pekan rabu?? Gggrr. So tak apa lah, layan kan je lah budak baru habis PT3 nie, kesian juga since dia dah habis PT3 i tak menyempat nak bawa dia pergi mana-mana. "Okey lah, jom pergi aman central"said akak nya yang baik hati. (aman central merujuk kepada salah satu tempat shopping yang ada kat alor setar nie. Ibarat Pavillion, Queensbay mungkin??).


Tunggu luar jer. My sis time nie dalam fitting room kot.


Sebab tunggu luar? Nie haaa mana boleh bawa masuk dalam. (padahal nak sangat masuk tambah-tambah tengok sign sale tue,ggggrr)

So dengan muka sememeh without any makeup, tudung bawal selempang, t-shirt tangan panjang, and selipar. Selipar??? Yup, selipar yang mak aku selalu pakai time nak sapu sampah kat luar rumah tu. Hahaha. Same goes with bongsu, tshirt tangan pendek wear it with cardigan yang koyak kat bahagian poket, selipar yg berkurun lama tak pernah pakai then berjalan satu aman central tu sampai melecet kaki. Korang rasa boleh ker letak title post tu dengan cerita nie sebab kononya kami la paling miserable sekali dalam aman central tu. Hahaha. Boleh gitu??

okey..baiii
Assalamualaikum..and hai. 

Akak tengok ramai jer kan yang post review produk penjagaan muka masing-masing kan. Well, meh akak nak story sikit. Bukan kecam ker apa (takut akak kecam la tu), actually akak dah buntu dah nak pakai apa kat muka akak nie. So dengan nie akak harap sangat boleh dapat good feedback la dari korang-korang yang pernah menghadapi masalah sama dengan akak.




Kulit muka akak nie jenis yang berminyak + sangaaatt sensitif. Kalau pakai mana-mana produk yang tak sesuai dengan kulit muka nie, ia akan jadi lebih berminyak and naik lah jerawat-jerawat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan (termasuk produk pencuci muka or makeup). Before nie kulit akak okey, tak ada lah okey tulus mulus bagai.. naik juga jerawat, but kalau sebulan tu dalam sekali dua macam tu.

But sejak tahun lepas kulit akak dah berterusan naik jerawat. seminggu 2-3 biji naik okey. Ini punya jerawat yang macam jerawat batu tu. Naik besar-besar and sakit. Before nie akak pakai jer Safi Balqis untuk kawalan minyak tu, dah bertahun-tahun akak pakai. Tahun 2015 kulit muka akak dah buat perangai.  



Seeeeee!!! Teruk kan? Sebelah pipi jer macam nie. Sebelah lagi not so flawless but okey lah, boleh terima lagi.
psst: tolong abaikan double chin, pipi kembung and so whatever benda yang tak patut korang nampak kat picture nie..ngeee


So akak decide lah nak tukar, macam-macam dah akak tukar, still macam tu juga. So akak ingat disebabkan akak tak boleh nak hindarkan jerawat tu, akak start pakai maybeline bb cream yang stick tu. (sebab akak ada baca, kalau muka berminyak stick adalah salah satu bb cream yang sesuai). Function nya ialah untuk tutup jerawat akak tu. But guess??? It became more worse! OMG! Ayah akak pun dah mula start tegur dah pasal jerawat dekat muka akak kan. Faham jelah, bila ayah tegur tu maknanya memang teruk.

Sekarang nie baru seminggu akak stop guna BB Stick Maybelline tu. And guna balik Bio-Essence (Bio-Essence nie kulit akak okey untuk seketika before akak guna BB cream tu) Untuk end of day, akak akan scrub kan muka akak setiap malam dengan St.Ives. But what? Bio-Essence pun made my muka worse, sebab bila pakai my muka akan jadi sesangat kering and naik biji-biji halus (ibarat kering di padang pasir gitu). But before nie, akak pakai okey jer. Atas faktor apakah kulit muka ku berubah. Takkan nak kena pakai yang anti-penuaan dah kot. Opppss! Ngeeeeee. So akak pun berpatah balik guna Safi Balqis (Until now i'm still using safi balqis + st.ives scrub).


psst: Tengok blogger post beli and pakai makeup macam-macam best jer kan. But akak stop using any produk apatah lagi nak beli *boleh cuci mata je la. Sobsobsobsob.

Ok..assalamualaikum and hai hi hi..






















I'm going to fall in love with this variety (I think). There are 5601 reason kenapa aku akan ikut jer variety nie walaupun aku baru tengok 1st episode. (propa jer kata ada banyak reason..nganga)


Mungkin sebab casting dia. (see picture below) *^_^*




Seeeee his dimple! How come i'm not fall for him. (ok aku memang ada masalah dengan orang yang ada dimple nie. Bukan untuk lelaki jer tau, kalau perempuan ada dimple pun aku boleh fall. *suka tengok) *kena cari future husband yang ada dimple nie. 
Back to kisah Lee Seo Jin nie, aku start tengok dia dalam 3 Meals a Day juga. Time tu tak tahu lagi 3 Meals a Day nie variety jenis macam mana. *sebab tengah bosan time tu, jadi layan kan saja. Bila tengok tu macam, ohhhh....akak like his style. Macam bossy-bossy sikit kan, nagging, buat dia still buat apa yang dia kena buat. Macam funny juga. If i'm not mistake, dia buat variety 3 Meals a Day nie dah tiga kali dah. Yang aku tengok tu Three Meals a Day: Jeongseon Village 2. (Means yang nombor dua dah la kan). Time tue dia buat variety nie dengan Taecyeon dari idol group 2PM (listen to my heart beat..lalala)


Idol Group : Shinhwa

Si Eric nie pula kiranya orang baru la dalam 3 Meals a Day nie. How I know him?? Dulu-dulu aku tak pandang langsung Eric nie. Kenal pun sebab dia and his group ada datang Running Man. Which episode? I'm not sure. Minta korang google sendiri ek. Oppss. Then, aku terjebak pula dengan satu drama korea nie Another Miss Oh Haeyoung. Drama nie menarik, korang patut tengok, nanti akak review kat sini ek..ahakkss. Si Eric nie jadi pelakon utama dalam drama nie. Since tu lah, aku kenal dia. Sebab aku suka watak dia bawa dalam cerita tu. Sesuaaaiiii gitu dengan muka dia yang cool tu. (Ek? Cool ker?) Hahaha.




Last but not least, this guy (ada dimple juga *mata ke atas). To those yang watching drama Doctors will know who he is.. alaaa drama yang ada Kim Rae Won (the guy yang datang Malaysia baru-baru ni). Tapi dalam cerita tu aku tak ada lah nak fall in love dengan dia tongeng terbalik semua. Semua tu dah berlaku bila time aku tengok drama Pinocchio(Lee Jong Suk, Park Shin Hye), but sad ending dalam drama nie sebab dia masuk penjara. Aku and my sis dah macam.. "eh siapa nie?" siap kiteorang google lagi cari info pasal mamat nie. Ngaaaa. Teruk kan?? Who know the drama and rasa sependapat dengan aku please raise kaki sekarang juga. Nganganga. 


Three Meals a Day : Fishing Village 3
Variety nie berkisarkan tentang diaorang kena masak 3 kali sehari. So disebabkan kali nie nama nya fishing village, so diaorang nie ditempatkan di village yang ada kemudahan untuk memancing. Nak masak jer diaorang kena pergi cari bahan-bahan nak masak tue sendiri, masak sendiri and makan pun sendiri. Ngeeee. Untuk variety nie Lee Seo Jin siap ambil lesen bot ok, and he of course pas dengan mudah and boleh bawa Eric and Kyun Sang. Crew juga dah sediakan satu bot kat Lee Seo Jin nie supaya senang diaorang nak memancing tengah laut ker, tepi laut ker, dalam laut ker.Eh!haha. (my dream pun nak bawa bot juga) 




So, apa pula peranan si Eric nie. He can cook!! I'm shocked ok, dia boleh masak. Sebab nampak luaran dia nie bukan guy yang nak masak-masak semua bagai nie. But most important things, dalam variety nie dia dapat motor roda empat yang boleh bawa barang tu. Funny ok kalau korang tengok diaorang bertiga pakai helmet and naik motor yang crew bagi nama EricCar nie sesama. Kihkihkihkih. Their PD call Eric nie as a slow guy. Sebab apa slow? Sebab dia punya motion sebelum nak buat sesuatu tu slow jer. Kalau dia berfikir pun dia akan pause sebentar and berfikir apa yang dia kena buat. Sooo..cute.  




    And finally, this Yoon Kyun Sang guy, disebabkan dia paling muda dalam 3Meals a day nie, so dikatakan semua kerja kasar lah dia buat. Selalu ikut and tanya apa yang dia kena buat. Dia akan ikut jer Eric or Seo jin. He also bring his two cuties cats together with him. Comel kot! Kalau pengemar kucing nie aku rasa mesti korang dah terjerit-jerit punya bila tengok kucing tu. Gebussssssss. 





So variety nie baru masuk episode 2 sekarang. Huuuu..thats all.. agak-agak bosan and habis fikir dah nak tak tahu nak buat apa..haaaa boleh la usha-usha variety nie. 
Adiosssss..


Preview: Three Meals a Day Fishing Village 3







Assalamualaikum, hi.. Dekat utara sekarang hujan setiap hari. Motif nak bagitahu sebab kena pergi toilet setiap kali satu jam. Nganganga. Motif bagitau juga? Tambah-tambah lagi bila minum Nescafe Ice (toilet again!). I'm lovin it! (not lovin the toilet,love the nescafe ice ok)


Aku dah addict sebenarnya dengan nescafe ice nie. Meh nak story mory macam mana aku boleh terjebak dengan nescafe nie. Kisah nya bermula disuatu petang.............................................
bila mana after balik work, aku feel tired gila. (tak tahu kenapa..mungkin sebab faktor usia and lack nya exercise. aku mengaku ok.) Ontheway balik rumah aku singgah sebentar dekat convenience store yang paling famous kat Malaysia nie. Nama yang diberi ialah 7eleven (suspen tak?ngaaaa). Disebabkan malam nie aku kena tutor pula, so aku takut kang aku pula yang bertutor dengan bantal, aku decide nak minum any type of coffee, kekonon nya lah tak nak kasi ngantuk gitu. So aku tertarik dengan tin yang berwarna biru metallic (itu pun after 15minit aku buang masa ke hulu ke hilir depan peti sejuk). Aku decide "ambil je la dia.." Then, aku pun melalui prosedur biasa proses pembayaran (jangan ingat proses fotosintesis pula). Masuk dalam kereta terus buka tin nya untuk minum. My reaction was like..
                                                                                  WOW!!
Sebab....bila minum nescafe ice nie korang akan rasa berangin after minum (after effect taste la) Berangin tu macam mana? Mesti korang bayangkan yang korang naik motor, rempit dekat jalan bukit boleh nampak laut kan, then angin tiup terbang habis korang punya rambut stail Angelina Jolie and Brad Pitt tu *ooppss! Hahaha.. No no no no no! The answer is korang akan rasa macam mint cool bukan mint pudina ek. Pastu mata korang akan membesar dengan tetiba *serius tak tipu. (susah nya nak terang dekat sini, korang pergi la beli then rasa, boleh gitu?).


Nie la rupa bentuk minuman biru metallic yang aku dambakan sangat tu.
 Tolong fokuskan dekat Low Fat tu ek.

But since aku dah kena tegur dengan adik aku, sebab seminggu tu hampir setiap hari aku beli, now aku dah kurangkan to seminggu sekali jer. *~_~ But my sister tak suka. Dia tak suka rasa cool mint tu (saving duit akak sebab akak sorang jer yang minum *mata ke atas)


To those yang teringin rasa but was-was kan. Ha..nie gambar information yang ada dekat tin minuman nie. Yang penting sebelum minum korang kena chill and shake wellllll.....HAHAHA

Adiossss



Asslamualaikum and hallo! Well, musim hujan kan sekarang. Moh ler kita membeku dalam air cond sesama. *Intro jer nie.

Actually weekends my family ada buat bubur asyura, which is kongsi sesama and kacau sesama. Setiap orang wajib membeli satu bahan untuk buat bubur asyura nie. Ini bubur asyura utara tau! (kang korang google keluar bubur asyura lain-lain pula). Utara timur barat selatan semua lain....kot. hahaha. Kalau sebelah timur nun sana, tak tahu pula akak macam mana bubur nya tu. Al dengar kisah, orang timur sana kalau bubur asyura nya penuh dengan rempah ratus.. correct orang timur?? (akak pun tak berapa tahu sebab tak pernah rasa pun. kihkihkih) And ada gak yang letak ayam,daging, durian semua bagai. Different place, different ingredients, (bak kata orang putih).

Kenapa pula tetiba buat bubur asyura nie?
Actually dalam kalendar islam nie, ada satu hari yang kita panggil sebagai Hari Asyura. Hari Asyura yang jatuh pada 10 Muharram setiap tahun dikatakan sebagai hari berlakunya peristiwa-peristiwa ke atas para Nabi a.s. Dan pada hari tersebut umat islam digalakkan untuk berpuasa sebagai puasa sunat yang merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w.

 "Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah." (Riwayat Bukhari)

Bubur asyura ini dikatakan dibuat selepas terselamatnya daripada banjir besar ketika zaman Nabi Nuh dan bubur asyura ini terhasil daripada campuran pelbagai ramuan yang ada selepas nya banjir tersebut.

Okey..done sikit-sikit sejarah tentang bubur and hari asyura. Now, my family gathering kan nak mengaaacaaauu nya bubur asyura, but i'm not there. Because i'm going outstation that day. Yup on my mak birthday they kacau this bubur (such lovely boss when he ruined everything on my saturday. Hahah. Jangan marah ya boss).


This is process memasak dah. Bahan-bahan dia tak ada gambar ok. 
Ini pun belas kasihan gambar dari whatsapp group jer. 
Because i'm not there (nak kena ulang lagi tak?emosi sikit sebab tak ada time hari kejadian.sobsobsob)


My pakcik (black) and my cousin (hijau kuning. *semangat kedah la tu) yang duduk tu my makndak. 
Ayah aku ada 9 beradik okeih. *sambil kibas tudung.


The one who wearing kain batik is my tok a.k.a nenek. (ye..orang utara panggil tok) and yang ayu pakai baju kurung tu my makcik.


Yes..dah siap. Paklang tengah masukkan dalam bekas.


Gambar selfie dari my adik ayah yang bongsu. We call him Paksu and he is a lawyer.. yup..lawyer. Lawyer buruk..kuakuakua (accountant sebenarnya dia nie)


Taraa..dah siap dah Bubur Asyura! 
Banyak bekas juga dapat. Lepas tu kiteorang agih-agih kan dekat mak-mak sedara ayah yang ada kat kampung tu. 

Bubur Asyura yang my family buat nie ingredients dia tepung (i'm not sure what type of tepung), 
beras yang dah dikisar (sebab bangun pagi dengar mak dah guna mesin kisar untuk kisar beras), 
kacang (kacang merah, kacang hijau and....entah apa lagi kacang diaorang letak), 
ubi (rasanya ubi keledek kot yang warna oren tu kan.. kalau salah info jangan marah yeee)
jagung (kiteorang guna jagung pokok jer, guna jagung tin pun boleh)
pisang, santan, gula merah, gula..and.. ini jer ramuan yang aku tahu pun. ^_~

So kalau ada sesiapa tanya aku banyak mana nak guna ramuan dia and macam mana nak buat nya tu, itu makan alamat nak kena baling dengan senapang gajah ler tu. hahaha. Yelaa..sebab aku tak tahu macam mana nak buat bubur asyura nie. Setahun sekali jer kan, and aku tak ada pula time kacau bubur asyura nie kan.. ggggrrrrrr

Okey..bye.




Assalamualaikum..hai. Wanna to try..lets gooooo



http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/10/segmen-ucing-nak-bloglist.html


Segmen Ucing Nak Bloglist.



Hi Blogger.Melihat Banyak Blogger yang membuat Segmen Bloglist pada kali ini jadi Ucing pun nak buat Segmen ini juga.Segmen ini adalah mudah Semua yang Join Segmen ini akan Saya masukkan dalam Bloglist Blog Ucing.



Syarat syarat nya adalah mudah.:



1) Masukkan "  http://ucingkadayan.blogspot.com  " dalam Bloglist Anda dengan Nama Ucing Kadayan.

2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Bloglist "

3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.

4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.



Itu Je...mudah kan (^_^) Tag Rakan Anda .Segmen Tamat 28-10-2016.




Assalamualaikum, hi.. Actually this post is for my only mak i have in this world. In another world i'm not sure. haha*kidding!







My mak birthday is on  15 October, but because aku kena kerja on Saturday (My boss isss..ruined my plan). So tak ada lah large celebrating semua bagai. My plan at first, nak bawa mak pergi makan koeteow kari yang dia suka sangat tu. Tapi apakan daya work is work kan. Siap kena outstation pergi Penang and balik pun dah malam. Yup..Sunday cuti, but takkan nak pergi dengan mak saja and celebrate without ayah and adik-adik (Mau mengamuk adik-adik kalau diaorang tahu). hahaha. *Kedah ahad dah kerja okey!

So, just beli simple things hadiah untuk mak. Setelah berforum dengan adik-adik dalam whatsapp, kiteorang decide nak beli hadiah yang simple jer kan. Since my mak dah beberapa kali bising nak pergi beli perfume and lipsstick. Kiteorang decide nak kasi itu jer kat mak. Walhal, mula-mula tu nak belikan jam tangan untuk our mak. Then, suddenly my sister cakap. "Kang hilang lagi jam mak tu". Okey fine.. kita beli apa yang mak perlu jer. Hahaha. And my style pun kalau nak belikan someone hadiah is based on their need jer. Tak kisah lah, kalau orang tu perlukan ubat gigi, ubat gigi juga yang aku belikan. Huuu. (So dont talk nonsense with me kalau taknak hadiah yang bukan-bukan dari aku).



Hasil shopping sensorang jer. Hadiah tak mahal takpa kan yang penting ikhlas gitu..iyo dak?



So to my Mak... Selamat Hari Lahir ke 51tahun. Thank you kerana melahirkan kakak di dunia ini. Walaupun kadang-kadang kakak being annoying gila, but mak always ada untuk kakak and try to prepared everything untuk kakak, walaupun kakak tak minta. You always in my heart forever until kakak ada husband, anak, cucu, cicit and seterusnya until Jannah. Love you Mak.




Tak ada sesiapa pun yang tertinggal. Cukup semua picture nie. Aaaa..bakal menantu kot yang tertinggal..ciaciaciaciacia 


Adiossssss