Hi There,

Latest Posts
Assalamualaikum..hi. To foodlovers, hari nie aku nak post what i'm being eating sepanjang october gitu. And firstly nak minta maaf dulu ek, sebab kawasan aku makan nie of course around kedah jer. Since I stay here. So after nie, kalau korang tersengaja datang Kedah ker boleh le usha-usha makanan dekat sini.

Actually, lagak food lover aku nie tak ada la seteruk time study dulu (serius time study dulu pantang di ajak jer). Nak sharing la sikit kan dalam banyak-banyak tempat, aku panggil Perlis as food paradise. (sesiapa yang pernah study kat Perlis dulu, they will know). Kat Perlis macam-macam korang boleh jumpa including nasi air(what my kl friends call la,ooppss), coconut shake yang gila sedap, nasi ayam pedas which bila kau makan kau akan nganganganga jer *sebab pedas, spongebob (i panggil cucuk-cucuk jer, tak tahu juga orang panggil apa. not span yang digoreng ook!) and banyak lagi lah (kalau buat listing mau 4 malam korang tak tidur..heee). Even my university mate kat perlis dulu pun, still talking about makanan there until now I guess. 

Its not everyday "kiteorang" keluar makan kan. Kopak poket akak kalau setiap hari. (kiteorang merujuk di sini dengan family, keng kawan, keng cousin, kadang-kadang sensorang pun boleh what..) Actually mula-mula kononya nak buat lah satu post dengan satu food yang aku dah makan. But.....macam malas pula. Hahaha! Okey..akak malas! Then, decide je lah kumpul 1 bulan untuk satu post jer. Untuk next month nanti fikir lain. Heeeeeeeew.



Shellout Arab Cafe (Jalan area nak ke airport)
Sesaja kiteorang keluar jenjalan with my parents malam tu. 
Then, my sis jumpa cafe nie terus dia cakap "akak nie lah cafe yang keng kawan adik selalu pergi tue, ada shellout.."
aku pun "haa..jom pergi"
Nasib baik lah parents kiteorang okey kan. Diaorang tak kisah. Ikut jer kepala nafsu makan anak-anak diaorang nie. Ngeeeee. *love them soooo much!
Tapi shellout dia memang terbaik dekat sini. Bapak aku tambah 2 mangkuk nasi. Dia pun cakap sedap, tapi dia suggest jangan makan selalu sebab dia ada batu karang (orang penyakit batu karang nie, kena kurangkan makanan seafood nya ya), so dia tak kasi kiteorang makan. Nampak tak bau-bau jealous my father dekat situ. Hahaha.


Tetiba my father dapat call dari maklang kinah ajak makan. Dia cakap nak belanja. Kiteorang adik-beradik nie dengar jer makanan plus orang nak belanja, mata kiteorang berkelip-kelip, bersinar-sinar mengalahkan bintang. Padahal aku demam hari tu. Bapa aku ajak pergi mana-mana pun tak nak. Tapi dengar jer makan, lajuuuuuu jer pergi. *^_~ ada hakak kisah???
(Lokasi : KEPCHEE aka KFC)


Burger Gemilang area Jalan Pegawai. 
With my Effort Team
Port dia best dekat dengan trafic light so korang boleh usha kereta lalu, berhenti and pergi. Nganaga.
Ini salah satu port favourite aku and family.  
Apa yang best, sini semua makanan ada set dari set burger sampai lah western. Kedai dia serius tepi jalan jer. Nasi lemak gemilang dia terbaik beb! (ayam+telur+bilis+sambal+papadom+nasi). Harga dia agak berpatutan lah. Susah kan nak jumpa kedai makan melayu yang chinese and indian pun datang juga. But this is it. Place untuk pelbagai kaum. 


Lokasi Coolicous(not sure ejaan nie betul ke tidak) area POLIMAS Jitra
I'm not sure set nie dipanggil apa. Harga dia RM17.90 per dulang, sekali dengan 2 minuman (teh o ais/sirap). Satu dulang nie untuk 2 orang tapi kalau nak makan bertiga pun boleh sebab dia banyak okey (melainkan korang nie jenis melantak sorang-sorang sampai habis *jangan marah yaaa)
Satu dulang nie ada frenchfries, ada spaghetti sosej (nak panggil bolognaise pun tak sampai hati), chicken chop 2 slice and meatball 8 biji. For me..sesanngggaattt berbaloi. Tapi kalau weekends korang kena datang awal sebelum pukul 10, kalau tak korang balik mengidam je la jawab nya. 


Kat bawah nie gambar adegan makan sensorang a.k.a no teman -_-"


Punya bosan tengah hari, pergi jenjalan area Aman Central and terjebak dengan restaurant abang MekDi.


Ini kat Penang(hari kena outstation), area yang aku pergi tue tak ada kedai makan melayu ok. So, makan je lah kat sini (nasib baik bos bagi claim..hehe)


Ini seminggu sekali mesti aku makan Moi Sup akak tahi lalat (sebab akak yang jual nie ada tahi lalat besar kat area mulut dia, sweet sangat akak nie tau) Nie area restaurant dekat office aku, and memang hari-hari lah aku makan sini. 


Tempat : Nasi Royale Anak Bukit
Dekat sini kalau raya, beratur lah korang sampai luar pagar kedai sebab most orang yang singgah sini not from kedah area. Nasi royale nie kind of macam nasi kandar lah. Errmm..apa yang special nya sini pun aku tak tahu, bagi aku nasi kandar semuanya ada lauk and rasa sama jeerrr. I'm not profesor nasi kandar or what, harap korang faham. Ngaaaa. Selain dari nasi royale, kat sini pun ada choice lain macam masakan panas. Kat sini satay nya marvellous gitu. Ooopsss! lupa ambilgambar nasi kandar! Whatever.


Inilah satay merah tu. (Itu jer yang aku tahu nak panggil pun since warna dia merah). Tapi agak mahal lah satay nie 1hinggitmalaysia per cucuk. Baru nie aku makan kat KL 80sen secucuk, besar pun besar. But takpa, since satay nie sedap. Tak kisah la. 


Taraaaaaaaaaaaaaaaaa
Inilah cucuk-cucuk yang aku cakap tue. Nampak tak love dalam gambar tu? haaaaaa itu lah spongebob, tapi dah kena potong so tak ada lah bentuk spongebob tue. But yang ini kat sini tak berapa nak menarik sangat means kurang enak lah. Kalau korang nak makan nie, better korang pergi Kuala Perlis, sana sepanjang jalan tepi laut ada jual. Lagi sedappp! Korang nak sosej ayam, sosej pulut, sosej tomyam,sosej cheese semua nya ada.

Nexxttttttttt issss..... 

Dim Sum Halal from Setia Foodcourt (jalan ontheway nak ke Kangar)
Price : 3set RM10. (3 set bakul kayu ek not 3 ketul tu jer k!)
Sebab sini susah nak cari makanan ala-ala gini especially yang halal punya and paling penting murah, so this is the only one place yang aku boleh pergi. Dulu acah-acah aku buat sendiri jer kat rumah dimsum nie. Rajin tak? Dulu lah. Ngeee. Tapi since kat sini korang boleh tunjuk, pilih, and duduk and diaorang serve korang so okey lah. Tak payah susah-susah nak buat. Pemalas! 
Kalau dah mengidam tahap orang mengandung tu teringin nak makan tapi tak tahu nak cari dimsum halal *orang melayu kita yang buat, try lah datang sini tak payah fikir apa, datang jer terus. (iklan ini tidak berbayar ok) 

Ladies out. 
Eh! Ladies out with budak kecik.
 (since budak kecik tu lelaki, so tak berapa menjadi la ladies out nya malam tu)


Ini dish biasa saja Char Keoteow (not sure also how to spell it. again?)
Lokasi berhadapan dengan Aeon Big Alor Setar.
Ini char keoteow gani alor setar punya. Selalu yang famous nya dekat jitra. But since my father malas nak makan jauh-jauh and my sis nak sangat char keoteow nya. Haaa, sini saja lah tempat nya. Actually ini pun first time kiteorang datang sini. Char keoteow dia for me just so so je lah, sebab aku bukan peminat tegar char keoteow pun, but my sis cakap sedap jer. Yelaah adik! Kau makan batu cicah sambal pun kau cakap sedap kan. Whatever! (jeles, sebab my sis nie makan banyak mana pun berat tak naik, still maintain 40kg something. Ggggrrr)


Last..eh confirm yang ini last. Betul-betul end of october aku makan nie.

Peknga Nyiur/kelapa with gulai/kari ikan.
Peknga membawa maksud ermmmmm ala-ala pancake lah. Peknga is loghat kedah. Why call peknga, tak tahu lah ini my tok lah cakap since bila kita masak tu kita TEMPEK dekat BELANGA so jadi lah PEKNGA (kalau tok aku tipu aku, maknanya aku pun tipu korang lah. hahaha). Peknga nie macam pancake ada tepung air semua, tapi yang ini dia letak nyiur/kelapa dalam tue. Seriusssss sedaapppppppp!!! Lima bintang i kasi okey.
Oh! and tempat dia berhadapan dengan ladang madu kelulut jalan dari alor setar nak ke kangar. Betul-betul tepi jalan jer.


Ini pula Peknga pisang. Inti dia letak pisang. Rasa nie macam ala-ala cucur kodok lah. Dont ask me what is cucur kodok??! malas nak cerita. HAHAHA. Serius akak pemalas.

Thats all cerita what i being eating sepanjang october yang aku rasa why not kalau aku kongsi dengan para blogger semua kan. Heeeeeee. Mesti penat kan baca post aku yang berjela nie. Tak apa, nanti aku try lah buat post lagi panjaaaaaaannngggggg. Ngaaaaaaa. Bluerk >__<

Okey..byeeeeeeee