Hi There,

Latest Posts
Assalamualaikum..and hai.. SELAMAT TAHUN BARU semua. Semoga tahun baru ini akan membawa ke arah satu perubahan kebaikan. Yelaaa..mesti lah semua nak jadi baik kan. To those yang tetiba rasa nak buat jahat tu, cepat-cepatlah istighfar banyak-banyak iye. Heeee. 

Well untuk first post tahun baru nie, akak ada a few tips kecantikan lah untuk korang. Akak tak ada lah pandai sangat bab-bab nak cantik nie, sebab akak pun bukan cantik pun. Kalau mak mentua tengok tu cakap so-so saja orang nya. Ooppsss!

Akak memang ada satu masalah since sekolah menengah lagi, which is mulut akak nie akan sentiasa kering jer memanjang. Kadang-kadang tu sampai menggelupas teruk. Air yang akak minum hari-hari pergi mana pun tak tahu. So bila start study dekat U baru rasa nak pakai lipbalm, tapi kejap saja dah kering balik, lipbalm nie kena rajin letak dekat bibir kan. Masalahnya akak nie tak ada lah rajin pun, kalau pakai lipbalm pagi, pagi esok pula la jawabnya baru pakai balik. Hewwwww

So, after tue timbul lah kesedaran sikit bila dah mula berjinak-jinak pakai lipstick. Tengok orang lain pakai lipstick macam alahai cantiknya, akak pakai lipstick tapi bibir pecah-pecah. Lalat tengok pun tak sampai hati nak hinggap. After that, akak ada lah baca beberapa majalah kan pasal hal nie, so ada lah a few tips yang akak amalkan sampai sekarang. Jom ikut akak...







Ubat Gigi

Ini paling senang korang boleh cari kat rumah. Kalau tak jumpa kat rumah, haaaaa..tak tahu lah nak cakap macam mana. Tutup mulut, tanya sama gigi lah jawab nya. hewhewhewhew. Apa yang korang kena buat? Just sapukan ubat gigi kat bibir for a few minit time tengah mandi tu (seelok-elok nya 3 minit lah). Sapu ubat gigi nie boleh membantu memerahkan bibir dan juga boleh membantu membuang kesan lipstick yang still melekat kat bibir korang. Trust me! Akak dah try buat, and it actually help me a lot and very easy. Tambah-tambah lagi kalau korang ada event nak kena attend, this tips will help you. Tak percaya? Try lah, tak rugi pun. 😉

Madu

Kalau guna madu pun ok. Akak pernah buat lah a few time jer, pastu akak dah tak buat sebab dia macam melekit kat mulut pastu akak jilat la bibir apa lagi, ending dia dah tak ada apun yang melekat. Heee,,ini pun senang jer cara nak guna. Just sapukan jer kat bibir korang for 15 minit kemudian bilas. BILAS! kalau tak nanti jadi habuan lebah la mulut korang, tak pasal-pasal dapat bibir terlebih mungil. huuuuuuuuuuuuuuu

Daun Sirih

Ini memang betul-betul tradisional nie. Tapi khasiat darun sirih nie sangat mujarab sebab dia membantu melembapkan bibir. Jadi tak salah pun kalau korang nak cuba. How? Ambil dalam tiga helai sirih dan tumbuk sampai lumat. Pastu bila korang tumbuk tu dia keluar air kan? haaaaa, ambil air and sapu kat bibir korang pada waktu malam or before going to sleep. Ini memang mujarab (bak kata my nenek lah).

Halia

What actually halia a.k.a ginger can do? Mai akak nak story. Halia nie sesangat membantu mereka-mereka yang hadapi masalah bibir pucat terutama. Dengan pengamalan secara berkala, ianya membantu memerahkan semula bibir korang menjadi seperti delima ala-ala jambu gitu. Nice kan!
But how? Well, mula-mula korang ambil seketul halia and tumbuk sehingga hancur. Perah airnya and campurkan dengan kuning telur ayam kampung and makan setiap pagi dan malam. Weird kan caranya? This is traditional girls, nak cantik tak?


Kunyit

Last but not least, using kunyit is one of the way untuk mendapatkan bibir kemerah-merahan gitu. Eh tolong beri perhatian di sini, bukan  serbuk kunyit yang warna kuning mak korang guna untuk peram dengan ikan sebelum digoreng tu tau. No No No! Ini kunyit yang korang ambil direct dekat pokok or boleh jer beli dekat pasar. Caranya, kupas kulit kunyit tu, cuci dulu sampai bersih-bersih, then parut ataupun tumbuk and campurkan dengan santan kelapa pekat. Last, haaa letak lah kat bibir korang dan biarkan beberapa lama yang korang mahu. Boleh juga dipakai setiap hari.


Hope, ianya membantu mereka-mereka yang menghadapi masalah bibir nie (including me)
That's all
Selamat Mencuba



Asslamualaikum and hallo! Well, musim hujan kan sekarang. Moh ler kita membeku dalam air cond sesama. *Intro jer nie.

Actually weekends my family ada buat bubur asyura, which is kongsi sesama and kacau sesama. Setiap orang wajib membeli satu bahan untuk buat bubur asyura nie. Ini bubur asyura utara tau! (kang korang google keluar bubur asyura lain-lain pula). Utara timur barat selatan semua lain....kot. hahaha. Kalau sebelah timur nun sana, tak tahu pula akak macam mana bubur nya tu. Al dengar kisah, orang timur sana kalau bubur asyura nya penuh dengan rempah ratus.. correct orang timur?? (akak pun tak berapa tahu sebab tak pernah rasa pun. kihkihkih) And ada gak yang letak ayam,daging, durian semua bagai. Different place, different ingredients, (bak kata orang putih).

Kenapa pula tetiba buat bubur asyura nie?
Actually dalam kalendar islam nie, ada satu hari yang kita panggil sebagai Hari Asyura. Hari Asyura yang jatuh pada 10 Muharram setiap tahun dikatakan sebagai hari berlakunya peristiwa-peristiwa ke atas para Nabi a.s. Dan pada hari tersebut umat islam digalakkan untuk berpuasa sebagai puasa sunat yang merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w.

 "Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah." (Riwayat Bukhari)

Bubur asyura ini dikatakan dibuat selepas terselamatnya daripada banjir besar ketika zaman Nabi Nuh dan bubur asyura ini terhasil daripada campuran pelbagai ramuan yang ada selepas nya banjir tersebut.

Okey..done sikit-sikit sejarah tentang bubur and hari asyura. Now, my family gathering kan nak mengaaacaaauu nya bubur asyura, but i'm not there. Because i'm going outstation that day. Yup on my mak birthday they kacau this bubur (such lovely boss when he ruined everything on my saturday. Hahah. Jangan marah ya boss).


This is process memasak dah. Bahan-bahan dia tak ada gambar ok. 
Ini pun belas kasihan gambar dari whatsapp group jer. 
Because i'm not there (nak kena ulang lagi tak?emosi sikit sebab tak ada time hari kejadian.sobsobsob)


My pakcik (black) and my cousin (hijau kuning. *semangat kedah la tu) yang duduk tu my makndak. 
Ayah aku ada 9 beradik okeih. *sambil kibas tudung.


The one who wearing kain batik is my tok a.k.a nenek. (ye..orang utara panggil tok) and yang ayu pakai baju kurung tu my makcik.


Yes..dah siap. Paklang tengah masukkan dalam bekas.


Gambar selfie dari my adik ayah yang bongsu. We call him Paksu and he is a lawyer.. yup..lawyer. Lawyer buruk..kuakuakua (accountant sebenarnya dia nie)


Taraa..dah siap dah Bubur Asyura! 
Banyak bekas juga dapat. Lepas tu kiteorang agih-agih kan dekat mak-mak sedara ayah yang ada kat kampung tu. 

Bubur Asyura yang my family buat nie ingredients dia tepung (i'm not sure what type of tepung), 
beras yang dah dikisar (sebab bangun pagi dengar mak dah guna mesin kisar untuk kisar beras), 
kacang (kacang merah, kacang hijau and....entah apa lagi kacang diaorang letak), 
ubi (rasanya ubi keledek kot yang warna oren tu kan.. kalau salah info jangan marah yeee)
jagung (kiteorang guna jagung pokok jer, guna jagung tin pun boleh)
pisang, santan, gula merah, gula..and.. ini jer ramuan yang aku tahu pun. ^_~

So kalau ada sesiapa tanya aku banyak mana nak guna ramuan dia and macam mana nak buat nya tu, itu makan alamat nak kena baling dengan senapang gajah ler tu. hahaha. Yelaa..sebab aku tak tahu macam mana nak buat bubur asyura nie. Setahun sekali jer kan, and aku tak ada pula time kacau bubur asyura nie kan.. ggggrrrrrr

Okey..bye.


Asslamualaikum and hai..finally, episode 3 ok. Janji ini episode akhir. Jan..ji.. (sambil angkat tangan buat tiga jari). Yah, kindly busy sikit with my part time jobs, but takpa dah habis dah. Lepas nie no more pening-pening sakit-sakit kepala tidur lewat. Yuhuuu! (Wait. it means i doesn't have any side income anymore? damn. should i happy or not?)

Ok takpa, sebab hal yang lebih penting sekarang sambungan kisah langkawi kan. Pukul 4 tepat kiteorang pun menghala semangat nak ke cable car. Seronok nie rasa nak naik cable car kan. padahal nervous sebab akak memang tak suka layan tempat tinggi-tinggi nie, even dah berapa kali naik pun still berperasaan macam tu tau. Sebab apa? sebab akak nie jenis yang suka fikir bukan-bukan.
 Macam mana kalau angin kuat and tiup cable car nie ke kiri ke kanan? 
Macam mana plak kalau tetiba wayar dia yang besar paha manusia nie berapi ke? 
Macam mana kalau tetiba dia stop tengah-tengah jalan sebab elektrik tak ada? 
Boleh fikir macam tu? (nampak jer strong kan..hahaha) Tetiba semangat tu hilang sebab kena beratur panjang paling kurang pun dalam 15minit lah before dapat naik cable yang ada car tu. Cis! potong stim betul. Orang ramai beb.

Dah beratur pepanjang tu dapat lah naik cable car, but dekat atas tu korang ada banyak station yang korang wajib singgah. Wajib! Korang tak boleh nak skip ke apa, sebabnya? orang ramai. Sebab dulu time aku pergi situ, kiteorang boleh skip and terus naik ke atas. What the la kan. Lepas dipaksa lepak di first station tu kiteorang lepak makan aiskrim sambil beratur. Hanya tu jer yang kiteorang boleh buat kan.




the only one picture yang aku ada dalam cable car. 
psst: tak ada angin hari tu, so cable nie tak ada lah goyang-goyang sangat (muka bahagia)



picture sumber dari google




Okey next station nie best, sebab kisah dia sangat kelakar (bagi aku lah). Cable car dah banyak berubah. Korang dah tak perlu jalan kaki lagi nak ke jambatan paaannnjjjaaaannggg and dataran atas tu. Aku panggil dataran je lah. Sebabnya korang boleh naik cable lift jer ke situ. *alah lift yang lutsinar and bergerak guna cable tu. (sapa pernah tengok cerita chocolate factory tau lah, lift yang boleh terbang tu) . Kiteorang nie kononya kental habis lah sambil tu boleh saving sekali kan. (yelaa..nak naik lift tu pun berbayar. berapa hinggit akak dah lupa). So,decide je la jalan kaki. Kononya ibarat hiking/trekking and so on lah kan..



Trekking/Hiking/Climb the tangga? (whatever la..malas nak memikir)


kiteorang saja jer berehat kat situ nak menikmati permandangan. dalam hutan?



"hai..mak jemah okey jer nie"
okey mak jemah..



gambar ini adalah paparan untuk gambar tangga and signboard di belakang sahaja. *_*

psst: gambar peah aiza tak ada sebab dia dah laju ke depan and sibuk ambil gambar kiteorang yang kat belakang nie.



Ha! Sekali... amek kau! Baru sekali, dua kali kiteorang nak return pun kena hiking/trekking jugak. Kalau tiga kali......tersungkur dah kiteorang kat situ rasanya. Hahaha!

Advise : individu yang bukan adventure punya orang, family yang bawa anak kecil or anak ramai and warga emas, dinasihatkan jangan lah ada niat konon nya nak hiking ker tracking or apa jer yang seangkatan denganya melainkan korang memang hati kental. Bukan apa, kesian kot. Kalau korang nak jugak buat macam tu, lain kali datang lain ek without your children and so on. Ngeeeee. (Advise nie serius ok)



View on the top (Gunung Matchincang/Machincang)


sumber picture dari google











psst: itu jer gambar kat atas yang ada. kiteorang tak pandai lah nak posing-posing model bagai ^^_



Lepas jer turun dari cable car, kiteorang pergi lepak-lepak, shop-shop kejap dekat area-area situ. Sekali lupa pula yang kiteorang punya ferry pukul 7mlm. Apa lagi, melompat lah kiteorang, dengan belum solatnya lagi. Sebab time tu pun dah lewat. And guess what? kiteorang memasing belum makan tengahari okey. Hahaha. *punya excited nak naik cable car kan. Kiteorang just tapaw whatever makanan yang ada dekat jetty tu makan atas ferry, most of kedai kat sana dah tutup. Kiteorang ferry last kot. Aduhai!!



takpa yang penting kiteorang dah sampai dah ke jetty kuala kedah time nie. Yuhuuuu!

MissAJA Talk
Ending our short trip. Whatever happened in our trip, that will be most memorable experience ever.
They said: Tak kisah pun pergi mana, belanja banyak mana, Yang penting is dengan siapa kita pergi. and dengan siapa kita akan create memory tu..
Am I right guyss?? Ngeeee. 
xoxo

Dah tamat?? Eh..belum. Ada extra picture me trip to Langkawi dengan keng lain. 
Actually dah pernah post dulu trip dekat sini, tapi aku dah delete semua post lama and kononya nak bina hidup baru...so, aku throwback la sikit ek...gituuuuu. 
*bagi lah chan dekat akak sikit 




Sem 3 Short Trip (My soul diploma mates ever)
















MissAJA Talk
Meet them tend me to explore new experience and learn a new things. 
Some of them dah kahwin sekarang and dah ada babies. 
Always pray the best for them
Regards with love



My ex diploma persatuan Trip















MissAJA Talk
With them i learn how to be a wise person, and how i'm supposed to handle things in my life.
they thought me a lot about why i'm in this world.
So glad that i can meet people like them.

xoxo



Itu jer throwback Langkawi okey.
Ohh..picture atas nie nak kasi hadiah kat korang sebab setia dengan story akak nie.
ye akak tau korang dah jemu and tak suka dah dengan muka akak nie kan. tapi akak tetap tidak akan berputus asa.... Ngaaaaa
psst: waktu nie akak kurus okey, tolong jangan kecam akak. 
^^__adiossssss










Assalamualaikum..hai. Bersambung kita ke episode dua atau hari kedua. Kiranya hari ini merupakan hari terakhir kiteorang di pulau lagenda nie. Memang hari ni kiteorang punya schedule pack gila (bajet artis kejap). Sampai tak sempat nak makan lah jawabnya. 

Hari kedua bermula seawal..jam...ermmm..dah tak ingat pukul berapa. Tapi time tu planning nak berjalan-jalan di tepi pantai cenang, since semalam tak dapat nak lepak kat situ kan. Pepagi tu kami diuji lagi. Kereta kiteorang terlanggar dengan zink bangunan tengah dalam pembinaan. Hahaha. Cuak masing-masing. Paling cuak minah Aiza sebab dia yang drive time tu. Breakfast pun tak senang. Tak teruk pun kereta tu, just bercalar sikit jer. Tapi si minah nie risau dia tahap macam KLCC runtuh. Huuu. Siap google lagi macam mana nak hilangkan calar tu. (takpa semua tu pengalaman, kalau tak ada pengalaman macam tu tak best jugak kan..heee) Owh, breakfast. Kiteorang having simple breakfast jer dekat area pantai cenang like roti canai and teh tarik. Malas nak pergi jejauh. Huuu. 

Then, kiteorang lupakan kejap hal kereta, kiteorang pergi pantai. *apa-apa pun pergi pantai dulu yang penting. nganganga. Kiteorang main-main air laut, lompat sana sini dalam air masin tu kan. *memasing dah jadi dugong. Pepagi macam gini, orang tak ramai, so kiteorang pun tak adalah tersipu-sipu malu nak main air kan..giiiitu. Actually, banyak aktiviti yang korang boleh buat di pantai cenang macam banana bot, donut bot, jetski, kayak and......yang terbang guna ala-ala payung terjun lepas tu kena tarik dengan bot tu. Flying apa entah (damn asma! you have short memory). But kiteorang naik banana bot jer hari tu. Advise : Kalau nak main pantai and buat aktiviti pantai better korang pergi petang. Petang lagi meriah.



Akak-akak dugong dah bersedia untuk beraksi.
psst:cantik pula view kat belakang tu
psst lagi: baru perasan tak ada langsung gambar tepi pantai. damn!

After that kiteorang balik hotel and ready untuk check out terus. Al-maklumlah schedule full untuk hari ini. Haaa..back to our story about kereta. Hahaha, akhirnya minah Aiza tu dapat hilangkan kesan calar dekat kereta gunakan ubat gigi. Okey ye keng kawan semua, tips nie sangat berguna. Agak-agak korang guna kereta parents korang ada kesan calar akibat kecuaian anda-anda semua, cubalah guna ubat gigi untuk hilangkan kesan calar tersebut. Ubat gigi jenama apa pun takpa, selagi iainya dipanggil ubat gigi. Kihkihkihkihkih. 

Our next destination is Cable Car. But sebelum tu, kiteorang sempat lagi singgah di kawasan GoCart (sebab tempat gocart nie satu jalan jer nak ke cable car). Bercadang tu untuk hari nie nak jadi Michael Schumacer kejap (betul ke ejaan nama dia macam tu?) Kiteorang siap pergi survey harga semua. Tapi last kiteorang decide nak ke cable car dulu, kalau balik dari cable car and still ada masa kiteorang akan singgah sini. 

Al-kisahnya di cable car, orang nya ya ampun..ramai giler!!. Sampai jer terus kiteorang beli tiket nak naik cable car, kalau tak silap around RM15 kot. Disebabkan ramai orang, so sampai jer tak boleh terus naik. Diaorang dah set time dah dekat tiket tu pukul berapa korang boleh naik. Kiteorang punya pukul 4pm. But still ada masa lebih kurang sejam lebih. Last kiteorang decide nak masuk 3D Art Museum buang masa dalam tu. (and sudah semestinya nak masuk situ pun berbayar ek)



3D Art Museum

Lidah tu tak boleh panjang lagi ker?



Muka memasing macam minta penampar ke macam mana nie? Confuse kejap.



eh..eh..eh..photographer nie ambil gambar siapa nie?



perkenalkan skuad tiga suku.



same! both are you look so cute. atototo.



"Minah! burung nie taknak lepas la kunci kereta kita, macam mana nak balik ni?"



"Peah! I malu la, u tarik tanduk dia elok-elok ek. I nak tanggalkan *****wear dia"



"Minah, jangan lah pergi"
"Biarkan aku pergi Peah, aku terkilan sebab tak dapat naik gocart"



Korang boleh macam nie?



Bom! bom! bom! Nampak tak aku dah photobom dah. Kalau diikutkan hati aku banyak lagi nak letak gambar nie. 3D art nie kalau korang masuk confirm korang tak menyesal. Those yang nak sesangat jadi model tu, inilah tempat and masanya tunjukkan bakat korang. Kiteorang tak berbakat, itu lah gambar yang keluar semua so so aje. Actually banyak lagi okey 3D art kat sini, but kiteorang tak sempat pun nak pose dekat semua tempat sebab kejar masa nak ke cable car. Aku rasa 2-3 jam juga lah masa yang ambil untuk habiskan semua tempat 3D art yang ada kat sini..so selamat berposing lah kalau korang datang sini. 

Hewhewhew, tamat episode 2..
To be continue..
xoxo





Assalamualaikum,hai..nowdays selalu sangat throw back kan? inilah akibatnya kalau baru sekarang tangan menggatal nak balik berblog. jangan kecam akak ok. akak sayang korang semua :P

Trip nie pun start sebab duit yang konon nya kiteorang kumpul nak pergi trip time buat kontrak kat office lama dulu. Dari enam orang tinggal tiga jer sebab ada yang dapat kerja lain and ada yang continue study. So, nak tak nak kami tetap melangsaikan trip walaupun bertiga. Short trip 2 day 1 night jer sebab kekangan masa and atas faktor-faktor lain juga. InsyaAllah ada masa nanti kita pergi lain ek awak-awak sekalian.

First day, kiteorang pergi bulan Januari kot tak silap. Cuti wesak ke apa ntah. But cuti-cuti kalau pergi Langkawi nie orang nya jangan kira lah ramai mana. So, untuk mengelakkan berlaku kecelaruaan di Langkawi nanti. Everything kiteorang tempah awal. Hotel, kereta sewa and island hoping. Konon nya untuk memudahkan perjalanan.Actually, nie dah third time aku pergi Langkawi dengan member-member nie. Kalau dengan family tak ingat dah since kerap sangat pergi. Hewhewhewhew

Tiket ferry kiteorang pergi beli terus dekat jetty sehari sebelum since our office pon tak jauh  dari sana. Kiteorang naik ferry di  jetty dari Kuala Kedah pukul 9am. Lebih kurang pukul 10.30am kiteorang sampai di jetty Kuah, Langkawi. Ambil masa lebih kurang 1jam 30minit dari Kuala Kedah tapi kalau naik dari jetty Kuala Perlis tak sampai 1hour pun k.




Time nie dah sampai jetty and tengah tunggu rental car. 

But opportunely car kiteorang bajet dapat murah tu tak sampai. Until 12pm last kiteorang decide nak ambill jer kereta dekat kaunter. Kiteorang dapat picanto dengan harga RM120 (aku rasa macam mahal sikit kan) Kiteorang ambil kereta dari pukul 12pm until 7pm esok no additional charge yang sepatutnya ada charge sebab kiteorang hantar kereta sangat lambat (tetiba rasa dah tak mahal..ngee). Oh, kiteorang beli sesiap tiket ferry nak balik esok, since ramai orang time cuti kan. In case. hahaha



Bahagia muka dah dapat kereta.


Dapat jer kereta, first tempat yang kiteorang pergi ialah haji ismail group dekat kuah. Motif utama?? Nak beli coklat lah!! hahaha. But, meh akak bagi tips sikit la ek. Kadang-kadang nak beli coklat nie tak semestinya dekat haji ismail group jer yang murah, ada juga tempat-tempat lain yang murah (boleh jer beli utk support orang melayu kita). Akak suka jugak beli dekat area pantai cenang yang kedai sebelah Underwater World tu kan. But situ tak ada lah banyak choice sangat tak macam haji ismail group.

Then, kiteorang pergi check in hotel terus dekat area Pantai Cenang. Cenang Inn not a hotel dekat area pantai tapi berdekatan dengan pantai cenang. Tak jauh pon, berhadapan dengan Laman Padi. Kalau jalan kaki jer dah boleh sampai Pantai Cenang. Lunch?? Kiteorang dh lunch kat KFC Kuah tadi.


View of Chenang Inn (Book using agoda.com)







Lepas jer check inn, kiteorang dah kelam kelibut sebab nak kena pergi island hoping. Janji pukul 1.50pm kiteorang tunggu dekat hotel, sebab diaorang datang ambil dekat hotel. Alik-alik kena tinggal. Hahaha..padan muka! siapa suruh lambat! Tapi nasib baik after kiteorang call berkali-kali, akhirnya kiteorang drive sendiri ke tempat nak naik bot tu. (kalau cakap awal suruh pergi sendiri kan senang). *hahaha..tak nak mengaku salah sebab lambat.



Dah naik bot. 
Kami bertiga + tiga lagi girls from k.l. And yang lain semua dari luar negara. ^^_


To those yang tak tahu Island Hoping nie apa. Meh akak khabar. You know hoping? Which mean lompat. So disini kita akan dibawa melompat dari satu pulau ke pulau yang lain dan ke pulau yang lain dan lain. Hehehehe *harap korang faham. Dalam kes pakej yang kiteorang ambil nie, diaorang bawa kiteorang ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah and last sekali Eagle Feeding. Dari pukul 3pm (panas lip lap lip lap) sampai lah matahari terbenam around pukul 7 macam tu kiteorang balik. Selalunya trip untuk Island Hoping nie ada dua sesi. One sebelah pagi and another one sebelah petang. So korang boleh choose.


Tasik Dayang Bunting





First perhentian is Tasik Dayang Bunting. Antara aktiviti yang korang boleh buat dekat sini, terjun dalam tasik,*banyak mat and minah saleh buat macam tu. Boleh juga naik kayuh-kayuh/bot terapung/bot terapung and kayuh..whatever it is (i do not know what kayuh-kayuh is being call) boleh naik pergi keliling tasik, boleh macam tu? Those yang nak lepak saja macam kiteorang buat pon boleh. Sambil rendam kaki dalam air tasik. *sebab kiteorang bertiga, kalau naik kayuh-kayuh kena dua orang jer. So salah sorang kena tinggal. Tapi kan kiteorang nak loyalty habislah friendship,so siapa pun jangan naik. hahahah.


Pulau Beras Basah




Anyone yang bajet datang pulau nie boleh jumpa beras yang basah, tolong jangan mimpi! Korang boleh buat sendiri beras basah kat rumah. *Ambil beras rendam air bagi basah. ok not funny. Disebabkan kiteorang punya Island Hoping nie petang, so bila sampai sini dah macam teduh petang gitu, so bolehlah main air laut. Macam first trip aku dulu sampai sini tengahari, so matahari terpacak atas kepala, tak kuasa mak nak keluar cari matahari kaaaannn. But this island is sooooo beautiful.

Advise kat sini sikit, to those yang nak bawa anak kecil tu, make sure korang bawa minuman and makanan yang cukup untuk si anak kecil. And kepada warga emas and to those yang ada masalah kesihatan macam asma, penat and lelah etc, jangan lupa bawa ubat bersama anda. Perjalanan di Tasik Dayang Bunting agak mencabar sebab bertangga-tangga. Kalau untuk Pulau Beras Basah tak ada masalah, kat sini korang boleh bersantai-santai di tepi pantai atau dalam pantai *means,boleh mandi laut lah. Untuk Eagle Feeding pula, lagi best! Sebab korang duk atas bot jer sambil tunggu eagle datang kat korang, lepas tu boleh korang snap gambar eagle. Tapi kadang-kadang burung helang nie pemalu juga kalau ada reramai orang nak snap gambar dia. huuuuuuu.
psst: gambar Eagle Feeding tak ada dalam koleksi. baru perasan. ngeeeeee

Next destination is Dataran Helang. Dinner? Kiteorang singgah jer makan dekat kedai simpang keluar dari Pantai Cenang nak ke Kuah. Disebabkan kiteorang stay dekat area Pantai Cenang, so nak berbalik ke Kuah tu ambil masa lebih kurang 20minit la nak sampai sana. Ramai okey dekat dataran helang nie and suasana angin laut dia sangat mendamaikan. 



Dataran Helang

Sesuai untuk bersembang santai macam kiteorang buat. Huuu.




Muka without makeup gitu....Ada akak kisah? Huuuu.

Selepas best gila lepak dekat dataran helang nie sambil sembang-sembang mengarut, kiteorang tukar port. Kiteorang balik berjalan-jalan area Pantai Cenang. Just jejalan and masuk shop yang still buka dekat situ sebab dah lewat dah time tu so tak banyak kedai yang buka. Then, beli air and snack kononnya nak fe felling angin pantai pula. Tapi kiteorang tak boleh lepak tepi pantai duduk atas pasir lelama sebab keadaan tidak mengizinkan. Advise : Kalau korang pergi trip nie ada anak dedara jer kan, jangan lepak lelama k dekat area pantai nie, bahaya sikit. Kalau nak lepak juga makesure ada lelaki or family. Huuuuu. Then, kiteorang pun apa lagi, Balik mengeruh zzzzzzz jer kat bilik hotel. 

Itu jer kisah yang berlaku 1st day short trip nie. Tunggu kesinambungan Ep 2 ek keng kawan. Peace. *Bajet buat skrip drama ke macam mana nie siap bersambung semua bagai?