Hi There,

Latest Posts
Assalamualaikum..hello there..hi hi hi hi (muka excited lama tak berbloging)

its been a while kan aku tak update apa-apa dalam blog nie kan. Alasan??? TAK ADA! Hahaha. Tolong jangan kecam akak. 





So tolong tengok tajuk post please.. Apa korang buat hujung minggu? So for me, hujung minggu jer mesti kena buat aktiviti nie. Kira macam sehari tu tak ada buat kerja lain dah, dari pagi sampai ke petang kadang-kadang tu sampai ke malam pun ada. Just start aktiviti nie pun dalam bulan febuari nie jer. Apa yang aku buat? Well................................................................................................
Aktiviti hujung minggu ialah melawat adik bongsu dekat asrama. Okey, tolong jangan kecam sekali lagi. Al-maklumlah dah nama nya pun bongsu kan. Jealous ok! Setiap minggu ok! Bongsu tak pernah berjauhan dengan family kan. Pasrah je lah dengan kehendak mak ayah tiap-tiap minggu pergi melawat bongsu. See..kakak yang baik lagi *mata ke atas.

Kesimpulan yang paling baik boleh aku simpulkan dekat sini, every week hari sabtu jer mesti punya pergi Perlis jumpa si Bongsu. Dah balik jumpa bongsu tu kadang-kadang singgah kejap kampung dah alang-alang satu jalan jer kan. Tengok! Cucu yang baik gituuuuu..angkat bakul eh angkat diri masuk bakul eh betul ke peribahasa nie (abaikan je lah malas fikir). 



Bukti 1st. Bawa bongsu outing beli kasut sekolah baru. Daaaaaa


Bukti 2nd, kekonon surprise kan bongsu sebab cakap ngan bongsu that week kiteorang tak pergi jumpa dia. 


Extra picture, pengganti bongsu dekat rumah. Budak NakNak. 


Okey..Done!! Byeeee
Adioosssssssss



Assalamualaikum..hi. To foodlovers, hari nie aku nak post what i'm being eating sepanjang october gitu. And firstly nak minta maaf dulu ek, sebab kawasan aku makan nie of course around kedah jer. Since I stay here. So after nie, kalau korang tersengaja datang Kedah ker boleh le usha-usha makanan dekat sini.

Actually, lagak food lover aku nie tak ada la seteruk time study dulu (serius time study dulu pantang di ajak jer). Nak sharing la sikit kan dalam banyak-banyak tempat, aku panggil Perlis as food paradise. (sesiapa yang pernah study kat Perlis dulu, they will know). Kat Perlis macam-macam korang boleh jumpa including nasi air(what my kl friends call la,ooppss), coconut shake yang gila sedap, nasi ayam pedas which bila kau makan kau akan nganganganga jer *sebab pedas, spongebob (i panggil cucuk-cucuk jer, tak tahu juga orang panggil apa. not span yang digoreng ook!) and banyak lagi lah (kalau buat listing mau 4 malam korang tak tidur..heee). Even my university mate kat perlis dulu pun, still talking about makanan there until now I guess. 

Its not everyday "kiteorang" keluar makan kan. Kopak poket akak kalau setiap hari. (kiteorang merujuk di sini dengan family, keng kawan, keng cousin, kadang-kadang sensorang pun boleh what..) Actually mula-mula kononya nak buat lah satu post dengan satu food yang aku dah makan. But.....macam malas pula. Hahaha! Okey..akak malas! Then, decide je lah kumpul 1 bulan untuk satu post jer. Untuk next month nanti fikir lain. Heeeeeeeew.



Shellout Arab Cafe (Jalan area nak ke airport)
Sesaja kiteorang keluar jenjalan with my parents malam tu. 
Then, my sis jumpa cafe nie terus dia cakap "akak nie lah cafe yang keng kawan adik selalu pergi tue, ada shellout.."
aku pun "haa..jom pergi"
Nasib baik lah parents kiteorang okey kan. Diaorang tak kisah. Ikut jer kepala nafsu makan anak-anak diaorang nie. Ngeeeee. *love them soooo much!
Tapi shellout dia memang terbaik dekat sini. Bapak aku tambah 2 mangkuk nasi. Dia pun cakap sedap, tapi dia suggest jangan makan selalu sebab dia ada batu karang (orang penyakit batu karang nie, kena kurangkan makanan seafood nya ya), so dia tak kasi kiteorang makan. Nampak tak bau-bau jealous my father dekat situ. Hahaha.


Tetiba my father dapat call dari maklang kinah ajak makan. Dia cakap nak belanja. Kiteorang adik-beradik nie dengar jer makanan plus orang nak belanja, mata kiteorang berkelip-kelip, bersinar-sinar mengalahkan bintang. Padahal aku demam hari tu. Bapa aku ajak pergi mana-mana pun tak nak. Tapi dengar jer makan, lajuuuuuu jer pergi. *^_~ ada hakak kisah???
(Lokasi : KEPCHEE aka KFC)


Burger Gemilang area Jalan Pegawai. 
With my Effort Team
Port dia best dekat dengan trafic light so korang boleh usha kereta lalu, berhenti and pergi. Nganaga.
Ini salah satu port favourite aku and family.  
Apa yang best, sini semua makanan ada set dari set burger sampai lah western. Kedai dia serius tepi jalan jer. Nasi lemak gemilang dia terbaik beb! (ayam+telur+bilis+sambal+papadom+nasi). Harga dia agak berpatutan lah. Susah kan nak jumpa kedai makan melayu yang chinese and indian pun datang juga. But this is it. Place untuk pelbagai kaum. 


Lokasi Coolicous(not sure ejaan nie betul ke tidak) area POLIMAS Jitra
I'm not sure set nie dipanggil apa. Harga dia RM17.90 per dulang, sekali dengan 2 minuman (teh o ais/sirap). Satu dulang nie untuk 2 orang tapi kalau nak makan bertiga pun boleh sebab dia banyak okey (melainkan korang nie jenis melantak sorang-sorang sampai habis *jangan marah yaaa)
Satu dulang nie ada frenchfries, ada spaghetti sosej (nak panggil bolognaise pun tak sampai hati), chicken chop 2 slice and meatball 8 biji. For me..sesanngggaattt berbaloi. Tapi kalau weekends korang kena datang awal sebelum pukul 10, kalau tak korang balik mengidam je la jawab nya. 


Kat bawah nie gambar adegan makan sensorang a.k.a no teman -_-"


Punya bosan tengah hari, pergi jenjalan area Aman Central and terjebak dengan restaurant abang MekDi.


Ini kat Penang(hari kena outstation), area yang aku pergi tue tak ada kedai makan melayu ok. So, makan je lah kat sini (nasib baik bos bagi claim..hehe)


Ini seminggu sekali mesti aku makan Moi Sup akak tahi lalat (sebab akak yang jual nie ada tahi lalat besar kat area mulut dia, sweet sangat akak nie tau) Nie area restaurant dekat office aku, and memang hari-hari lah aku makan sini. 


Tempat : Nasi Royale Anak Bukit
Dekat sini kalau raya, beratur lah korang sampai luar pagar kedai sebab most orang yang singgah sini not from kedah area. Nasi royale nie kind of macam nasi kandar lah. Errmm..apa yang special nya sini pun aku tak tahu, bagi aku nasi kandar semuanya ada lauk and rasa sama jeerrr. I'm not profesor nasi kandar or what, harap korang faham. Ngaaaa. Selain dari nasi royale, kat sini pun ada choice lain macam masakan panas. Kat sini satay nya marvellous gitu. Ooopsss! lupa ambilgambar nasi kandar! Whatever.


Inilah satay merah tu. (Itu jer yang aku tahu nak panggil pun since warna dia merah). Tapi agak mahal lah satay nie 1hinggitmalaysia per cucuk. Baru nie aku makan kat KL 80sen secucuk, besar pun besar. But takpa, since satay nie sedap. Tak kisah la. 


Taraaaaaaaaaaaaaaaaa
Inilah cucuk-cucuk yang aku cakap tue. Nampak tak love dalam gambar tu? haaaaaa itu lah spongebob, tapi dah kena potong so tak ada lah bentuk spongebob tue. But yang ini kat sini tak berapa nak menarik sangat means kurang enak lah. Kalau korang nak makan nie, better korang pergi Kuala Perlis, sana sepanjang jalan tepi laut ada jual. Lagi sedappp! Korang nak sosej ayam, sosej pulut, sosej tomyam,sosej cheese semua nya ada.

Nexxttttttttt issss..... 

Dim Sum Halal from Setia Foodcourt (jalan ontheway nak ke Kangar)
Price : 3set RM10. (3 set bakul kayu ek not 3 ketul tu jer k!)
Sebab sini susah nak cari makanan ala-ala gini especially yang halal punya and paling penting murah, so this is the only one place yang aku boleh pergi. Dulu acah-acah aku buat sendiri jer kat rumah dimsum nie. Rajin tak? Dulu lah. Ngeee. Tapi since kat sini korang boleh tunjuk, pilih, and duduk and diaorang serve korang so okey lah. Tak payah susah-susah nak buat. Pemalas! 
Kalau dah mengidam tahap orang mengandung tu teringin nak makan tapi tak tahu nak cari dimsum halal *orang melayu kita yang buat, try lah datang sini tak payah fikir apa, datang jer terus. (iklan ini tidak berbayar ok) 

Ladies out. 
Eh! Ladies out with budak kecik.
 (since budak kecik tu lelaki, so tak berapa menjadi la ladies out nya malam tu)


Ini dish biasa saja Char Keoteow (not sure also how to spell it. again?)
Lokasi berhadapan dengan Aeon Big Alor Setar.
Ini char keoteow gani alor setar punya. Selalu yang famous nya dekat jitra. But since my father malas nak makan jauh-jauh and my sis nak sangat char keoteow nya. Haaa, sini saja lah tempat nya. Actually ini pun first time kiteorang datang sini. Char keoteow dia for me just so so je lah, sebab aku bukan peminat tegar char keoteow pun, but my sis cakap sedap jer. Yelaah adik! Kau makan batu cicah sambal pun kau cakap sedap kan. Whatever! (jeles, sebab my sis nie makan banyak mana pun berat tak naik, still maintain 40kg something. Ggggrrr)


Last..eh confirm yang ini last. Betul-betul end of october aku makan nie.

Peknga Nyiur/kelapa with gulai/kari ikan.
Peknga membawa maksud ermmmmm ala-ala pancake lah. Peknga is loghat kedah. Why call peknga, tak tahu lah ini my tok lah cakap since bila kita masak tu kita TEMPEK dekat BELANGA so jadi lah PEKNGA (kalau tok aku tipu aku, maknanya aku pun tipu korang lah. hahaha). Peknga nie macam pancake ada tepung air semua, tapi yang ini dia letak nyiur/kelapa dalam tue. Seriusssss sedaapppppppp!!! Lima bintang i kasi okey.
Oh! and tempat dia berhadapan dengan ladang madu kelulut jalan dari alor setar nak ke kangar. Betul-betul tepi jalan jer.


Ini pula Peknga pisang. Inti dia letak pisang. Rasa nie macam ala-ala cucur kodok lah. Dont ask me what is cucur kodok??! malas nak cerita. HAHAHA. Serius akak pemalas.

Thats all cerita what i being eating sepanjang october yang aku rasa why not kalau aku kongsi dengan para blogger semua kan. Heeeeeee. Mesti penat kan baca post aku yang berjela nie. Tak apa, nanti aku try lah buat post lagi panjaaaaaaannngggggg. Ngaaaaaaa. Bluerk >__<

Okey..byeeeeeeee






Asslamualaikum and hallo! Well, musim hujan kan sekarang. Moh ler kita membeku dalam air cond sesama. *Intro jer nie.

Actually weekends my family ada buat bubur asyura, which is kongsi sesama and kacau sesama. Setiap orang wajib membeli satu bahan untuk buat bubur asyura nie. Ini bubur asyura utara tau! (kang korang google keluar bubur asyura lain-lain pula). Utara timur barat selatan semua lain....kot. hahaha. Kalau sebelah timur nun sana, tak tahu pula akak macam mana bubur nya tu. Al dengar kisah, orang timur sana kalau bubur asyura nya penuh dengan rempah ratus.. correct orang timur?? (akak pun tak berapa tahu sebab tak pernah rasa pun. kihkihkih) And ada gak yang letak ayam,daging, durian semua bagai. Different place, different ingredients, (bak kata orang putih).

Kenapa pula tetiba buat bubur asyura nie?
Actually dalam kalendar islam nie, ada satu hari yang kita panggil sebagai Hari Asyura. Hari Asyura yang jatuh pada 10 Muharram setiap tahun dikatakan sebagai hari berlakunya peristiwa-peristiwa ke atas para Nabi a.s. Dan pada hari tersebut umat islam digalakkan untuk berpuasa sebagai puasa sunat yang merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w.

 "Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah." (Riwayat Bukhari)

Bubur asyura ini dikatakan dibuat selepas terselamatnya daripada banjir besar ketika zaman Nabi Nuh dan bubur asyura ini terhasil daripada campuran pelbagai ramuan yang ada selepas nya banjir tersebut.

Okey..done sikit-sikit sejarah tentang bubur and hari asyura. Now, my family gathering kan nak mengaaacaaauu nya bubur asyura, but i'm not there. Because i'm going outstation that day. Yup on my mak birthday they kacau this bubur (such lovely boss when he ruined everything on my saturday. Hahah. Jangan marah ya boss).


This is process memasak dah. Bahan-bahan dia tak ada gambar ok. 
Ini pun belas kasihan gambar dari whatsapp group jer. 
Because i'm not there (nak kena ulang lagi tak?emosi sikit sebab tak ada time hari kejadian.sobsobsob)


My pakcik (black) and my cousin (hijau kuning. *semangat kedah la tu) yang duduk tu my makndak. 
Ayah aku ada 9 beradik okeih. *sambil kibas tudung.


The one who wearing kain batik is my tok a.k.a nenek. (ye..orang utara panggil tok) and yang ayu pakai baju kurung tu my makcik.


Yes..dah siap. Paklang tengah masukkan dalam bekas.


Gambar selfie dari my adik ayah yang bongsu. We call him Paksu and he is a lawyer.. yup..lawyer. Lawyer buruk..kuakuakua (accountant sebenarnya dia nie)


Taraa..dah siap dah Bubur Asyura! 
Banyak bekas juga dapat. Lepas tu kiteorang agih-agih kan dekat mak-mak sedara ayah yang ada kat kampung tu. 

Bubur Asyura yang my family buat nie ingredients dia tepung (i'm not sure what type of tepung), 
beras yang dah dikisar (sebab bangun pagi dengar mak dah guna mesin kisar untuk kisar beras), 
kacang (kacang merah, kacang hijau and....entah apa lagi kacang diaorang letak), 
ubi (rasanya ubi keledek kot yang warna oren tu kan.. kalau salah info jangan marah yeee)
jagung (kiteorang guna jagung pokok jer, guna jagung tin pun boleh)
pisang, santan, gula merah, gula..and.. ini jer ramuan yang aku tahu pun. ^_~

So kalau ada sesiapa tanya aku banyak mana nak guna ramuan dia and macam mana nak buat nya tu, itu makan alamat nak kena baling dengan senapang gajah ler tu. hahaha. Yelaa..sebab aku tak tahu macam mana nak buat bubur asyura nie. Setahun sekali jer kan, and aku tak ada pula time kacau bubur asyura nie kan.. ggggrrrrrr

Okey..bye.




Assalamualaikum, hi.. Actually this post is for my only mak i have in this world. In another world i'm not sure. haha*kidding!







My mak birthday is on  15 October, but because aku kena kerja on Saturday (My boss isss..ruined my plan). So tak ada lah large celebrating semua bagai. My plan at first, nak bawa mak pergi makan koeteow kari yang dia suka sangat tu. Tapi apakan daya work is work kan. Siap kena outstation pergi Penang and balik pun dah malam. Yup..Sunday cuti, but takkan nak pergi dengan mak saja and celebrate without ayah and adik-adik (Mau mengamuk adik-adik kalau diaorang tahu). hahaha. *Kedah ahad dah kerja okey!

So, just beli simple things hadiah untuk mak. Setelah berforum dengan adik-adik dalam whatsapp, kiteorang decide nak beli hadiah yang simple jer kan. Since my mak dah beberapa kali bising nak pergi beli perfume and lipsstick. Kiteorang decide nak kasi itu jer kat mak. Walhal, mula-mula tu nak belikan jam tangan untuk our mak. Then, suddenly my sister cakap. "Kang hilang lagi jam mak tu". Okey fine.. kita beli apa yang mak perlu jer. Hahaha. And my style pun kalau nak belikan someone hadiah is based on their need jer. Tak kisah lah, kalau orang tu perlukan ubat gigi, ubat gigi juga yang aku belikan. Huuu. (So dont talk nonsense with me kalau taknak hadiah yang bukan-bukan dari aku).



Hasil shopping sensorang jer. Hadiah tak mahal takpa kan yang penting ikhlas gitu..iyo dak?



So to my Mak... Selamat Hari Lahir ke 51tahun. Thank you kerana melahirkan kakak di dunia ini. Walaupun kadang-kadang kakak being annoying gila, but mak always ada untuk kakak and try to prepared everything untuk kakak, walaupun kakak tak minta. You always in my heart forever until kakak ada husband, anak, cucu, cicit and seterusnya until Jannah. Love you Mak.




Tak ada sesiapa pun yang tertinggal. Cukup semua picture nie. Aaaa..bakal menantu kot yang tertinggal..ciaciaciaciacia 


Adiossssss








Why throwback?? Perlu  ker?? Well perlu lah.. ^^_ 
Actually time raya haji nie tak banyak gambar, even tak ada pon gambar especially gambar aku dengan semua orang. dengan family ker, dengan sepupu ker, dengan adik-beradik ker, dengan maksu paksu pakcik paklang pakjang maktam...annndddd seangkatan. (kalau nak tulis semua orang habis satu blog nie..haha)

Sebab utamanya : aku terbaring jer seharian demam. Pagi raya bangun pagi tu macam okey, bersemangat gila nak pergi sembahyang raya kan, cuma aku sakit tekak jer pepagi. Then, after balik raya tu, aku dah nangis-nangis dah sambil terbaring atas katil macam lemah sangat dah. Korang tau tak demam yang sengal dia terasa sampai tulang tu. haaa! tue lah yang aku rasa. Tapi kesengalan nya hanya terasa dari pinggang and kebawah sampai kaki. Siap susah gila nak berjalan.

Itu mukadimah jer. Yang sebetulnya post nie adalah nak story bagai family aku buat barbeque petang raya tu. Habis semua lah suku sakat tok bedun nie balik. 9 orang adik-adik ayah aku tak termasuk 30++ cucu tok bedun nie, 10 cicit. Best sebenarnya berkumpul reramai nie. Tapi aku tak ada time bakar-bakar berlangsung, sebab menghala ke alor setar cari klinik. Tup-tup balik dari klinik dah siap bakar dah semua makanan. Alahai! Tak sempat lah aku nk join. 

Sampai terus ngaapp daging kambing sambil baring. Lepas tu, tok aku bawa kan jagung bakar yang dah siap di asingkan batangnya and isi. Khas untuk aku tau!! Buerk. 

So, this is our menu korban kami at that time



 Lamb yang bakal di grill



Ikan siakap yang tengah tunggu giliran di bakar



Ayam goreng pon adaaa..dapnya



 Ini rare..aku tak pernah tengok ikan nie pon. Korang pernah?



 My sis yang pakai baju hijau ala-ala rumput tu with my cousin. Sepupu sepapatnya kena bakar  jagung. Nasiblah akak demam hari tu. *mata ke atas



Ini mak-mak nya time gosssiipp xoxo



Last, extra picture dari budak naknak. My bigboykecik.