Hi There,

Latest Posts

Throwback - Short Trip to Langkawi Ep 1

By 11:54 PM , ,

Assalamualaikum,hai..nowdays selalu sangat throw back kan? inilah akibatnya kalau baru sekarang tangan menggatal nak balik berblog. jangan kecam akak ok. akak sayang korang semua :P

Trip nie pun start sebab duit yang konon nya kiteorang kumpul nak pergi trip time buat kontrak kat office lama dulu. Dari enam orang tinggal tiga jer sebab ada yang dapat kerja lain and ada yang continue study. So, nak tak nak kami tetap melangsaikan trip walaupun bertiga. Short trip 2 day 1 night jer sebab kekangan masa and atas faktor-faktor lain juga. InsyaAllah ada masa nanti kita pergi lain ek awak-awak sekalian.

First day, kiteorang pergi bulan Januari kot tak silap. Cuti wesak ke apa ntah. But cuti-cuti kalau pergi Langkawi nie orang nya jangan kira lah ramai mana. So, untuk mengelakkan berlaku kecelaruaan di Langkawi nanti. Everything kiteorang tempah awal. Hotel, kereta sewa and island hoping. Konon nya untuk memudahkan perjalanan.Actually, nie dah third time aku pergi Langkawi dengan member-member nie. Kalau dengan family tak ingat dah since kerap sangat pergi. Hewhewhewhew

Tiket ferry kiteorang pergi beli terus dekat jetty sehari sebelum since our office pon tak jauh  dari sana. Kiteorang naik ferry di  jetty dari Kuala Kedah pukul 9am. Lebih kurang pukul 10.30am kiteorang sampai di jetty Kuah, Langkawi. Ambil masa lebih kurang 1jam 30minit dari Kuala Kedah tapi kalau naik dari jetty Kuala Perlis tak sampai 1hour pun k.




Time nie dah sampai jetty and tengah tunggu rental car. 

But opportunely car kiteorang bajet dapat murah tu tak sampai. Until 12pm last kiteorang decide nak ambill jer kereta dekat kaunter. Kiteorang dapat picanto dengan harga RM120 (aku rasa macam mahal sikit kan) Kiteorang ambil kereta dari pukul 12pm until 7pm esok no additional charge yang sepatutnya ada charge sebab kiteorang hantar kereta sangat lambat (tetiba rasa dah tak mahal..ngee). Oh, kiteorang beli sesiap tiket ferry nak balik esok, since ramai orang time cuti kan. In case. hahaha



Bahagia muka dah dapat kereta.


Dapat jer kereta, first tempat yang kiteorang pergi ialah haji ismail group dekat kuah. Motif utama?? Nak beli coklat lah!! hahaha. But, meh akak bagi tips sikit la ek. Kadang-kadang nak beli coklat nie tak semestinya dekat haji ismail group jer yang murah, ada juga tempat-tempat lain yang murah (boleh jer beli utk support orang melayu kita). Akak suka jugak beli dekat area pantai cenang yang kedai sebelah Underwater World tu kan. But situ tak ada lah banyak choice sangat tak macam haji ismail group.

Then, kiteorang pergi check in hotel terus dekat area Pantai Cenang. Cenang Inn not a hotel dekat area pantai tapi berdekatan dengan pantai cenang. Tak jauh pon, berhadapan dengan Laman Padi. Kalau jalan kaki jer dah boleh sampai Pantai Cenang. Lunch?? Kiteorang dh lunch kat KFC Kuah tadi.


View of Chenang Inn (Book using agoda.com)







Lepas jer check inn, kiteorang dah kelam kelibut sebab nak kena pergi island hoping. Janji pukul 1.50pm kiteorang tunggu dekat hotel, sebab diaorang datang ambil dekat hotel. Alik-alik kena tinggal. Hahaha..padan muka! siapa suruh lambat! Tapi nasib baik after kiteorang call berkali-kali, akhirnya kiteorang drive sendiri ke tempat nak naik bot tu. (kalau cakap awal suruh pergi sendiri kan senang). *hahaha..tak nak mengaku salah sebab lambat.



Dah naik bot. 
Kami bertiga + tiga lagi girls from k.l. And yang lain semua dari luar negara. ^^_


To those yang tak tahu Island Hoping nie apa. Meh akak khabar. You know hoping? Which mean lompat. So disini kita akan dibawa melompat dari satu pulau ke pulau yang lain dan ke pulau yang lain dan lain. Hehehehe *harap korang faham. Dalam kes pakej yang kiteorang ambil nie, diaorang bawa kiteorang ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah and last sekali Eagle Feeding. Dari pukul 3pm (panas lip lap lip lap) sampai lah matahari terbenam around pukul 7 macam tu kiteorang balik. Selalunya trip untuk Island Hoping nie ada dua sesi. One sebelah pagi and another one sebelah petang. So korang boleh choose.


Tasik Dayang Bunting





First perhentian is Tasik Dayang Bunting. Antara aktiviti yang korang boleh buat dekat sini, terjun dalam tasik,*banyak mat and minah saleh buat macam tu. Boleh juga naik kayuh-kayuh/bot terapung/bot terapung and kayuh..whatever it is (i do not know what kayuh-kayuh is being call) boleh naik pergi keliling tasik, boleh macam tu? Those yang nak lepak saja macam kiteorang buat pon boleh. Sambil rendam kaki dalam air tasik. *sebab kiteorang bertiga, kalau naik kayuh-kayuh kena dua orang jer. So salah sorang kena tinggal. Tapi kan kiteorang nak loyalty habislah friendship,so siapa pun jangan naik. hahahah.


Pulau Beras Basah




Anyone yang bajet datang pulau nie boleh jumpa beras yang basah, tolong jangan mimpi! Korang boleh buat sendiri beras basah kat rumah. *Ambil beras rendam air bagi basah. ok not funny. Disebabkan kiteorang punya Island Hoping nie petang, so bila sampai sini dah macam teduh petang gitu, so bolehlah main air laut. Macam first trip aku dulu sampai sini tengahari, so matahari terpacak atas kepala, tak kuasa mak nak keluar cari matahari kaaaannn. But this island is sooooo beautiful.

Advise kat sini sikit, to those yang nak bawa anak kecil tu, make sure korang bawa minuman and makanan yang cukup untuk si anak kecil. And kepada warga emas and to those yang ada masalah kesihatan macam asma, penat and lelah etc, jangan lupa bawa ubat bersama anda. Perjalanan di Tasik Dayang Bunting agak mencabar sebab bertangga-tangga. Kalau untuk Pulau Beras Basah tak ada masalah, kat sini korang boleh bersantai-santai di tepi pantai atau dalam pantai *means,boleh mandi laut lah. Untuk Eagle Feeding pula, lagi best! Sebab korang duk atas bot jer sambil tunggu eagle datang kat korang, lepas tu boleh korang snap gambar eagle. Tapi kadang-kadang burung helang nie pemalu juga kalau ada reramai orang nak snap gambar dia. huuuuuuu.
psst: gambar Eagle Feeding tak ada dalam koleksi. baru perasan. ngeeeeee

Next destination is Dataran Helang. Dinner? Kiteorang singgah jer makan dekat kedai simpang keluar dari Pantai Cenang nak ke Kuah. Disebabkan kiteorang stay dekat area Pantai Cenang, so nak berbalik ke Kuah tu ambil masa lebih kurang 20minit la nak sampai sana. Ramai okey dekat dataran helang nie and suasana angin laut dia sangat mendamaikan. 



Dataran Helang

Sesuai untuk bersembang santai macam kiteorang buat. Huuu.




Muka without makeup gitu....Ada akak kisah? Huuuu.

Selepas best gila lepak dekat dataran helang nie sambil sembang-sembang mengarut, kiteorang tukar port. Kiteorang balik berjalan-jalan area Pantai Cenang. Just jejalan and masuk shop yang still buka dekat situ sebab dah lewat dah time tu so tak banyak kedai yang buka. Then, beli air and snack kononnya nak fe felling angin pantai pula. Tapi kiteorang tak boleh lepak tepi pantai duduk atas pasir lelama sebab keadaan tidak mengizinkan. Advise : Kalau korang pergi trip nie ada anak dedara jer kan, jangan lepak lelama k dekat area pantai nie, bahaya sikit. Kalau nak lepak juga makesure ada lelaki or family. Huuuuu. Then, kiteorang pun apa lagi, Balik mengeruh zzzzzzz jer kat bilik hotel. 

Itu jer kisah yang berlaku 1st day short trip nie. Tunggu kesinambungan Ep 2 ek keng kawan. Peace. *Bajet buat skrip drama ke macam mana nie siap bersambung semua bagai?





You Might Also Like

1 Writing Here

  1. Wow... Fantastik kak aja i like ur post hehehe ikhlas dr ms D

    ReplyDelete