Assalamualaikum..and hai.
Akak tengok ramai jer kan yang post review produk penjagaan muka masing-masing kan. Well, meh akak nak story sikit. Bukan kecam ker apa (takut akak kecam la tu), actually akak dah buntu dah nak pakai apa kat muka akak nie. So dengan nie akak harap sangat boleh dapat good feedback la dari korang-korang yang pernah menghadapi masalah sama dengan akak.
Kulit muka akak nie jenis yang berminyak + sangaaatt sensitif. Kalau pakai mana-mana produk yang tak sesuai dengan kulit muka nie, ia akan jadi lebih berminyak and naik lah jerawat-jerawat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan (termasuk produk pencuci muka or makeup). Before nie kulit akak okey, tak ada lah okey tulus mulus bagai.. naik juga jerawat, but kalau sebulan tu dalam sekali dua macam tu.
But sejak tahun lepas kulit akak dah berterusan naik jerawat. seminggu 2-3 biji naik okey. Ini punya jerawat yang macam jerawat batu tu. Naik besar-besar and sakit. Before nie akak pakai jer Safi Balqis untuk kawalan minyak tu, dah bertahun-tahun akak pakai. Tahun 2015 kulit muka akak dah buat perangai.
Seeeeee!!! Teruk kan? Sebelah pipi jer macam nie. Sebelah lagi not so flawless but okey lah, boleh terima lagi.
psst: tolong abaikan double chin, pipi kembung and so whatever benda yang tak patut korang nampak kat picture nie..ngeee
So akak decide lah nak tukar, macam-macam dah akak tukar, still macam tu juga. So akak ingat disebabkan akak tak boleh nak hindarkan jerawat tu, akak start pakai maybeline bb cream yang stick tu. (sebab akak ada baca, kalau muka berminyak stick adalah salah satu bb cream yang sesuai). Function nya ialah untuk tutup jerawat akak tu. But guess??? It became more worse! OMG! Ayah akak pun dah mula start tegur dah pasal jerawat dekat muka akak kan. Faham jelah, bila ayah tegur tu maknanya memang teruk.
Sekarang nie baru seminggu akak stop guna BB Stick Maybelline tu. And guna balik Bio-Essence (Bio-Essence nie kulit akak okey untuk seketika before akak guna BB cream tu) Untuk end of day, akak akan scrub kan muka akak setiap malam dengan St.Ives. But what? Bio-Essence pun made my muka worse, sebab bila pakai my muka akan jadi sesangat kering and naik biji-biji halus (ibarat kering di padang pasir gitu). But before nie, akak pakai okey jer. Atas faktor apakah kulit muka ku berubah. Takkan nak kena pakai yang anti-penuaan dah kot. Opppss! Ngeeeeee. So akak pun berpatah balik guna Safi Balqis (Until now i'm still using safi balqis + st.ives scrub).
psst: Tengok blogger post beli and pakai makeup macam-macam best jer kan. But akak stop using any produk apatah lagi nak beli *boleh cuci mata je la. Sobsobsobsob.














































