Hi There,

Latest Posts
Benda paling malas sekali nak buat bila bulan puasa for me ialah kena pergi majlis berbuka puasa. Kalau setakat rileks-rileks iftar dengan member no hal punya. Tapi ini bila kena paksa ngan my dad iftar dengan geng office dia. Alahai..malas bebenor. Dah cakap taknak pergi, than my dad said dia dah reserve tempat untuk anak-anak dia. Benda apa yang buat aku malas sangat tue??

Pertama, bila kena pakai contact lens. Why i'm not wearing my spec when going out is because it make me loss all my confidence.
Second, bila tak tahu baju mana nak pakai. Pastu siap kena iron baju and tudung, itu tak termasuk seluar or skirt or kain yang kedut nak kena iron lagi tu.
Third is bila kena tempet-tempet bedak mak cun dekat muka. Kalau tak tempet kang rasa macam orang pandang lain macam jer, padahal bukan pandang aku pon. daaa
Keempat ialah bila dah keluar than balik rumah, kena removed bedak mak cun kat muka and kena cuci muka lagi walaupon hari tue aku dah cuci muka 6 kali. Haaaa..ambil kau. Because muka aku kalau tak cuci or tak removed bedak mak cun nie dengan sebaik yang mungkin, esok pagi confirm berminyak and tetiba ada biji jerawat baru tumbuh kat muka. Macam pagi nie dah naik pula 2 biji jerawat kat dagu. Hummmmmm

So kali nie berbuka puasa dekat hotel sri malaysia, bukan semua pon office mate my dad involve, sebenarnya diaorang buat mesyuarat kat sana, than alang-alang mesyuarat habis lewat terus jer dengan majlis berbuka puasa jer. 


3 anak dara my dad.
I'm wearing 3rd quarter jubah jeans.
Shawl h&m yang tak payah iron pon.
Seluar jeans tak payah iron juga.


Waktu nie dah habis dah 1st round makan. Lupa plak nak snap gambar makanan banyak-banyak.
*Terpaksa pergi tapi muka bahagia jer.


Dihujung penjuru sana nun, nah chombee a.k.a Norish Karman pon ada sekali.




After balik berbuka puasa di kampung hari tu. Masing-masing perut still lapar. Tapi al-maklumlah balik dari kampung ikut jalan sunyi yang susah nak jumpa kedai makan tepi-tepi jalan, apatah lagi kedai mamak favourite my father, so sampai je satu simpang kite orang ada jumpa satu kedai ni. Tak ada orang pon kedai tu, and ada la 2 orang anak muda tengah minum sambil bual-bual. Bantai je lah dari balik rumah kang ada gak bunyi-bunyi mulut lapar tu nanti.

Kedai dia biasa-biasa jer, warna merah and hitam. Nama kedai dia Delicous Fried Chicken. Mak ooiii..nama bukan main glamour lagi kan. Tak ada lah high expectation makanan dia bagai kat restauran semua kan. Tempat duduk dia pon just kerusi and meja biasa je lah. So, akak tue pon datang hantar menu and ambil order kiteorang.

Ooooo...dah terjawab semua nya, rupanya kedai makan nie actually jual makanan western and ada lah jual ayam goreng delicious nya tu. Seketul 2hinggit. Not bad gak.. kedai biasa-biasa ja. Air pon ada jugak air special nya macam cappucino, green tea and etc selain air macam teh ais, teh o'ais pon ada. Makanan goreng-goreng, sup-sup, tomyam-tomyam pon ada, cuma bulan puasa akak tu cakap takda, sebab tak banyak permintaan pon. In term of harga pulak, harga dia more murah and diaorang siap ada jual pakej combo dengan air lagi tu. Boleh pilih jer set combo tue senang. 

So, kesimpulan dia.. don't jugde kedai biasa-biasa tepi jalan tak ada makanan yang special. 


Blackpepper Meatball
Harga : RM6.00 (termasuk air)


Chicken Chop
Harga : RM6.00 (termasuk air)


Chicken Pita
Harga : RM3.00 (tak termasuk air)

For me makanan dia boleh lah, Tak da lah grand sangat macam yang harga RM24.90 or lebih dari tu. To those yang teringin sangat nak makan western, tapi terpaksa berjimat cermat. Haaa..ini lah tempat nya. 


To those yang peminat setia gila kpop mesti korang tahu kan cerita drama yang meletup-letup sekarang kan. TV8 pon dah mula tayang dah drama tu setiap Khamis and Jumaat pukul 9.30malam. Siap versi korea lagi ok! Ye lah, Tv kebanyakkan tayang drama korea nie akan tukar audio language ke mandarin kan. Feel nya kurang sikit. So, sekarang korang tak payah risau, boleh jer nak fefeling korea drama tue sebab language dia tetap korea. HAHAHA. Drama yang dimaksudkan of course Descendant Of The Sun. Kawan aku sendiri pon yang hari-hari melalak lagu english masa time u dulu pon tak layan la korea-korea nie tetiba update status pasal cerita nie. Bayangkan lah!! Okey..kalau nak cerita pasal drama nie full version punya mesti berpuluh-puluh post aku kena taip plak bulan-bulan mulia nie..malaaaassss. 

Jauh dari di atas..actually aku nak beritahu korang yang Shila Amzah. Alaaaaaah..... artis Malaysia yang famous kat Chine tue dah cover ost dari drama korea tue (DOTS). OOiiiii cerita sama kau.. marvellous beb!! akak suka gitu. Akak kagum gila ngan suara Shila Amzah nie, and bytheway akak pon dah lama kot ikut suara Shila Amzah nie since dia 16 tahun kot kalau tak silap. 



Amacam?? amazing right??



Salam pertemuan kembali...

Well, actually dah hampir 4 tahun meninggalkan dunia blog. Bersarang bukan main banyak lagi, macam-macam sarang ada nie, sarang labah-labah, sarang semut, sarang cicak, sarang lipas dan yang seangkatan dengannya. kihkihkih. 

Well...now I'm back!!!! Terfikir kembali untuk membuat garapan-garapan tentang life kat sini since start bulan Ramadhan nie. Haaa.. macam belum terlambat lagi kan rasanya nak ucapkan 
"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK" 
kepada kaum muslimin dan muslimat di Malaysia dan juga di luar sana. Jangan lupa berpuasa tau!! (ala-ala gaya upin & ipin gitu).

Actually nak kongsi satu cerita sebak sikit ( for me la), start je tarawikh 1st hari tu, tetiba ja hati nie jadi amacam sebak sikit plus sayu, keluar juga lah air mata nie (tapi miss pandai cover baik punya). Bukan apa miss tetiba rasa teringin pula sambut ramadhan di bumi Allah. SubhanAllah. Jealous juga dengar kawan-kawan mana yang pernah jejak kaki ke sana. Sejuk je hati nie bila tengok kawan-kawan semua tunjuk gambar diaorang ketika kat sana. Tapi miss tak mampu lagi dari zahir dan batin nya jugak. hehehehe. Tapi insyaAllah satu hari nanti, bila miss dah betul mampu mesti miss dipanggil Allah kan.. doa-doa kan la ye.

Rasa nya sampai sini dulu kot coretan pertama dari miss..huuuu. Salam....keep smile ( ^_~)