Funny or not?
Well Assalamualaikum and hi.. how your day? Me..ermm not so good. Heavy month and laziness tengah menguasai diri. Thank you.
Nak story lah sikit kan what happen yesterday. Tak ada lawak sangat, but senyum kambing sikit-sikit tu mungkin. Hahaha.
Picture tak ada kena mengena dengan story langsung. Harap Maklum.
Ini terjadi waktu lunch semalam. Lepas pergi solat dekat masjid, niat di hati nak pergi la makan. Tak jauh pun masjid dengan office, tapi kalau nak berjalan kaki tu berpeluh la jugak. (well my office tak da surau, since my company is own by chinese). Selalu nya after solat aku akan park balik kereta depan office and jalan kaki je la pergi ke kedai makan. Dekat je la kedainya dengan office nie. Tak payah nak cakap aku rajin ke apa sebab jalan kaki kan. Dah tu nk dijadikan cerita nya hari ini tempat parking semua full. So aku decide bawa je la kereta pergi dekat kedai makan tu boleh park belakang kedai tu, then lepas makan baru ubah je kereta park depan office balik.
Aku pun dengan bahagia order lah air kegemaran teh 0 ais, makan nasi lauk akak baik hati sambil layan media sosial dekat phone. Dah ketat perut melantak, moh ler kite balik ke pejabat. Lepas bayar semua dengan girang nya aku pun berjalan kaki balik ker office sambil mencuci mata dengan pemandangan-pemandangan kedai yang menjual pelbagai barang.
Sampai jer pejabat, buka pintu. Eh! Kunci rupanya. Tercari-cari la pula kunci pejabat dalam poket seluar. Aikkk! Kunci kereta jer yang ada. Suddenly... what the la kan. Kunci pejabat ada dalam kereta. And kereta kau boleh pula pergi tinggal dekat kedai makan. Ggggrrrrr. Hahaha. Sambil berjalan semula menuju ke kereta, aku pun senyum sorang-sorang. Ambil kereta and parking balik depan office. Haissshhhhhhhhh
Please dont tell me this all happened because of "usia"
Hahahaha..okey bai.


2 Writing Here
Sorry to disappoint you tapi memang faktor usia mungkin, kejadian ini terjadi. But I feel you. Ahaha :)
ReplyDeletefirst time singgah sini dan salam kenal :)
ReplyDelete