Hi There,

Latest Posts

Throwback - Short Trip to Langkawi Ep 2

By 9:05 PM , ,

Assalamualaikum..hai. Bersambung kita ke episode dua atau hari kedua. Kiranya hari ini merupakan hari terakhir kiteorang di pulau lagenda nie. Memang hari ni kiteorang punya schedule pack gila (bajet artis kejap). Sampai tak sempat nak makan lah jawabnya. 

Hari kedua bermula seawal..jam...ermmm..dah tak ingat pukul berapa. Tapi time tu planning nak berjalan-jalan di tepi pantai cenang, since semalam tak dapat nak lepak kat situ kan. Pepagi tu kami diuji lagi. Kereta kiteorang terlanggar dengan zink bangunan tengah dalam pembinaan. Hahaha. Cuak masing-masing. Paling cuak minah Aiza sebab dia yang drive time tu. Breakfast pun tak senang. Tak teruk pun kereta tu, just bercalar sikit jer. Tapi si minah nie risau dia tahap macam KLCC runtuh. Huuu. Siap google lagi macam mana nak hilangkan calar tu. (takpa semua tu pengalaman, kalau tak ada pengalaman macam tu tak best jugak kan..heee) Owh, breakfast. Kiteorang having simple breakfast jer dekat area pantai cenang like roti canai and teh tarik. Malas nak pergi jejauh. Huuu. 

Then, kiteorang lupakan kejap hal kereta, kiteorang pergi pantai. *apa-apa pun pergi pantai dulu yang penting. nganganga. Kiteorang main-main air laut, lompat sana sini dalam air masin tu kan. *memasing dah jadi dugong. Pepagi macam gini, orang tak ramai, so kiteorang pun tak adalah tersipu-sipu malu nak main air kan..giiiitu. Actually, banyak aktiviti yang korang boleh buat di pantai cenang macam banana bot, donut bot, jetski, kayak and......yang terbang guna ala-ala payung terjun lepas tu kena tarik dengan bot tu. Flying apa entah (damn asma! you have short memory). But kiteorang naik banana bot jer hari tu. Advise : Kalau nak main pantai and buat aktiviti pantai better korang pergi petang. Petang lagi meriah.



Akak-akak dugong dah bersedia untuk beraksi.
psst:cantik pula view kat belakang tu
psst lagi: baru perasan tak ada langsung gambar tepi pantai. damn!

After that kiteorang balik hotel and ready untuk check out terus. Al-maklumlah schedule full untuk hari ini. Haaa..back to our story about kereta. Hahaha, akhirnya minah Aiza tu dapat hilangkan kesan calar dekat kereta gunakan ubat gigi. Okey ye keng kawan semua, tips nie sangat berguna. Agak-agak korang guna kereta parents korang ada kesan calar akibat kecuaian anda-anda semua, cubalah guna ubat gigi untuk hilangkan kesan calar tersebut. Ubat gigi jenama apa pun takpa, selagi iainya dipanggil ubat gigi. Kihkihkihkihkih. 

Our next destination is Cable Car. But sebelum tu, kiteorang sempat lagi singgah di kawasan GoCart (sebab tempat gocart nie satu jalan jer nak ke cable car). Bercadang tu untuk hari nie nak jadi Michael Schumacer kejap (betul ke ejaan nama dia macam tu?) Kiteorang siap pergi survey harga semua. Tapi last kiteorang decide nak ke cable car dulu, kalau balik dari cable car and still ada masa kiteorang akan singgah sini. 

Al-kisahnya di cable car, orang nya ya ampun..ramai giler!!. Sampai jer terus kiteorang beli tiket nak naik cable car, kalau tak silap around RM15 kot. Disebabkan ramai orang, so sampai jer tak boleh terus naik. Diaorang dah set time dah dekat tiket tu pukul berapa korang boleh naik. Kiteorang punya pukul 4pm. But still ada masa lebih kurang sejam lebih. Last kiteorang decide nak masuk 3D Art Museum buang masa dalam tu. (and sudah semestinya nak masuk situ pun berbayar ek)



3D Art Museum

Lidah tu tak boleh panjang lagi ker?



Muka memasing macam minta penampar ke macam mana nie? Confuse kejap.



eh..eh..eh..photographer nie ambil gambar siapa nie?



perkenalkan skuad tiga suku.



same! both are you look so cute. atototo.



"Minah! burung nie taknak lepas la kunci kereta kita, macam mana nak balik ni?"



"Peah! I malu la, u tarik tanduk dia elok-elok ek. I nak tanggalkan *****wear dia"



"Minah, jangan lah pergi"
"Biarkan aku pergi Peah, aku terkilan sebab tak dapat naik gocart"



Korang boleh macam nie?



Bom! bom! bom! Nampak tak aku dah photobom dah. Kalau diikutkan hati aku banyak lagi nak letak gambar nie. 3D art nie kalau korang masuk confirm korang tak menyesal. Those yang nak sesangat jadi model tu, inilah tempat and masanya tunjukkan bakat korang. Kiteorang tak berbakat, itu lah gambar yang keluar semua so so aje. Actually banyak lagi okey 3D art kat sini, but kiteorang tak sempat pun nak pose dekat semua tempat sebab kejar masa nak ke cable car. Aku rasa 2-3 jam juga lah masa yang ambil untuk habiskan semua tempat 3D art yang ada kat sini..so selamat berposing lah kalau korang datang sini. 

Hewhewhew, tamat episode 2..
To be continue..
xoxo





You Might Also Like

1 Writing Here

  1. serik dah naik banana boat hehe
    jemput join
    http://mellyacrayola.blogspot.com/2016/10/mini-giveaway-by-mya-fana-21102016.html

    ReplyDelete