The Bubur Asyura Day
Asslamualaikum and hallo! Well, musim hujan kan sekarang. Moh ler kita membeku dalam air cond sesama. *Intro jer nie.
Actually weekends my family ada buat bubur asyura, which is kongsi sesama and kacau sesama. Setiap orang wajib membeli satu bahan untuk buat bubur asyura nie. Ini bubur asyura utara tau! (kang korang google keluar bubur asyura lain-lain pula). Utara timur barat selatan semua lain....kot. hahaha. Kalau sebelah timur nun sana, tak tahu pula akak macam mana bubur nya tu. Al dengar kisah, orang timur sana kalau bubur asyura nya penuh dengan rempah ratus.. correct orang timur?? (akak pun tak berapa tahu sebab tak pernah rasa pun. kihkihkih) And ada gak yang letak ayam,daging, durian semua bagai. Different place, different ingredients, (bak kata orang putih).
Kenapa pula tetiba buat bubur asyura nie?
Actually dalam kalendar islam nie, ada satu hari yang kita panggil sebagai Hari Asyura. Hari Asyura yang jatuh pada 10 Muharram setiap tahun dikatakan sebagai hari berlakunya peristiwa-peristiwa ke atas para Nabi a.s. Dan pada hari tersebut umat islam digalakkan untuk berpuasa sebagai puasa sunat yang merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w.
"Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah." (Riwayat Bukhari)
Bubur asyura ini dikatakan dibuat selepas terselamatnya daripada banjir besar ketika zaman Nabi Nuh dan bubur asyura ini terhasil daripada campuran pelbagai ramuan yang ada selepas nya banjir tersebut.
Okey..done sikit-sikit sejarah tentang bubur and hari asyura. Now, my family gathering kan nak mengaaacaaauu nya bubur asyura, but i'm not there. Because i'm going outstation that day. Yup on my mak birthday they kacau this bubur (such lovely boss when he ruined everything on my saturday. Hahah. Jangan marah ya boss).






0 Writing Here